Jumaat, 5 Mac 2021

TUNGKU JANGAN DIGANGGU GUGAT


 MENANTU

ABAH COW

JANGAN LAWAN 

TUNKU 

KAH KAH KAH

JANGAN LAWAN

RAJO

KAH KAH KAH

INI TUNGKU RAJO

TURUN TEMURUN

KAH KAH KAH

MENANTU ABAH 

KENAPO LOGAM

KAH KAH KAH

WARIS ROMBAU

TAK ITAM LOGAM

KHALAS



Ku Nan mulakan langkah sekat Khairy ke Putrajaya

Satu-satunya orang yang pernah menjadi ahli Parlimen Putrajaya kini memulakan langkah memastikan ahli keluarganya mewarisi kerusi di pusat pentadbiran negara itu, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Difahamkan Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan yang kini berdepan dengan desakan melepaskan jawatan disebabkan sabitan rasuah kini dalam usaha menyekat timbalannya, Tun Faisal Ismail Aziz daripada memangku sebagai pemimpin bahagian itu.

Ini merupakan langkah untuk menyekat bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin daripada bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya.

Sekiranya bahagian itu jatuh ke tangan Faisal, Khairy akan dinamakan sebagai calon dan bukan anaknya, Tengku Iqbal yang mahu dinamakan Ku Nan.

MalaysiaNow difahamkan, Ku Nan baru-baru ini menjemput lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli Umno Bahagian Putrajaya di rumahnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Perjumpaan itu diadakan ketika negara masih lagi menjalani perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan berkumpul seperti itu,” kata salah seorang yang hadir kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

Perjumpaan itu diadakan untuk mendapatkan sokongan bagi membuat laporan terhadap Faisal kepada lembaga disiplin Umno kerana kritikan terhadap presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Faisal yang juga setiausaha akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa sebelum ini mengatakan Zahid mengkhianati Umno dengan menyokong langkah Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan.

Kenyataan itu dilakukan ketika ketegangan antara bosnya dan Zahid.

Disebabkan itu Faisal diberikan surat tunjuk sebab oleh partinya.

Dalam perjumpaan di rumah Ku Nan, hadirin diarahkan untuk menandatangani surat  menyokong usul tindakan disiplin terhadap Faisal.

“Ada beberapa orang yang tidak setuju tidak tandatangan. Maknanya perjumpaan yang diadakan semata-mata nak paksa untuk sign surat,” tambah sumber itu.

Ku Nan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Disember lalu atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan dan dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara.

Kini beliau sedang dalam proses rayuan tetapi perlu memberikan laluan kepada Faisal untuk memimpin Umno Bahagian Putrajaya.

Minggu lepas MalaysiaNow melaporkan disebabkan Ku Nan tidak boleh bertanding pada PRU15, Umno mungkin akan meletakkan Khairy sebagai calon Putrajaya.

Langkah ini dilihat untuk memenuhi janji Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tahun lalu agar Khairy diberikan kerusi “selamat” selepas mengumumkan bakal bertanding di Rembau yang disandang menteri sains, teknologi dan inovasi itu.

Putrajaya yang mempunyai majoriti pengundi terdiri daripada penjawat awam, dan disebabkan itu menjadi kubu kuat Umno apabila memegang tampuk persekutuan.

Akan tetapi akar umbi Umno percaya Ku Nan kini merupakan liabiliti  selepas sabitan rasuah.

Disebabkan itu mereka menentang sebarang langkah untuk mencalonkan anak Ku Nan.

“Jika Tengku Iqbal bertanding di sini, memang tipislah Umno akan menang. Sebab penduduk Putrajaya tidak menyebelahi mana-mana parti.

“Mereka kata dah bapa tak boleh bertanding takkan nak anak pula.”

 

JANGAN LAWAN 

RAJO

JANGAN LAWAN

TUNGKU

KAH KAH KAH

TAKDA TUNGKU

RUMAH TAK 

BERASAP

KAH KAH KAH

DAPUR MESTI

ADA TUNGKU

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: