Jumaat, 5 Mac 2021

MUHYIDIN JANGAN GUNA KOBID

 



MUHYIDIN JANGAN

GUNA KOBID

AMIN

PERLEMBAGAAN

JANGAN DI KOYAK

ATAS NAMA KOBID

AMIN


Agong tak boleh biarkan Parlimen tak bersidang lebih 6 bulan, kata Ku Li

YANG di-Pertuan Agong tidak boleh membiarkan Parlimen tertangguh melebihi enam bulan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Perlembagaan (Persekutuan) menuntut agar Agong tidak membiarkan Parlimen tertangguh melebihi enam bulan,” kata ahli Parlimen Gua Musang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Perlembagaan ialah institusi tertinggi di Malaysia dan semua pihak terikat dengannya, termasuk Agong dan Perdana Menteri.

“Tidak ada prerogatif terhadap Agong atau Perdana Menteri,” tambahnya.

Putera Kelantan itu berkata Agong juga harus peka dengan tanggungjawab negara.

“Perkara 55 Perlembagaan adalah jelas mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong. Ia bukan satu fungsi, ia satu kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan kuasa itu tidak boleh dikompromi,” kata veteran Umno itu.

Beliau berkata, adalah tidak berperlembagaan sekiranya Parlimen diprorog tanpa alasan.

“Dan jika prorog mengecewakan atau menghalang Parlimen menjalankan tugasnya, untuk mengawasi Eksekutif, maka itu tidak berperlembagaan,” kata Tengku Razaleigh.

Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat itu mengulas kenyataan Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak akan mengadakan sidang Parlimen kerana sebahagian besar ahli Parlimen berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

Berliau berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun telah berjanji untuk mengadakan sidang Parlimen setelah keadaan darurat berakhir pada 1 Ogos.

Sebelum itu Agong bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa darurat pada tarikh Yang di-Pertuan Agong anggap sesuai, atas nasihat perdana menteri.

Kerajaan minoriti Perikatan mempunyai masa sehingga 29 Jun untuk mengadakan sidang Parlimen, dan jika tidak, Parlimen akan terbubar kerana gagal bersidang dalam tempoh enam bulan. – 4 Mac, 2021.

TAK PERLU

RISAU

KAH KAH KAH

JANGAN TAKUT

AUTA ANWAR

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: