Sabtu, 17 April 2021

MAKLUMAT PENTING - WAJIB BACA

 

INI MAKLUMAT

AMAT PENTING

AMIN

TERIMA KASIH

KHALAS

TAPI MAKLUMAT

TAK LENGKAP

AMIN

VAKSIN JENIS

MANA?

AMIN

BUATAN NEGARA

MANA?

AMIN


Ada petugas kesihatan dijangkiti lepas vaksinasi lengkap, kata KP Kesihatan

EMPAT puluh petugas kesihatan yang telah diberi vaksin sepenuhnya telah dijangkiti Covid-19, kata Dr Noor Hisham Abdullah, yang menekankan pentingnya untuk tidak membiarkan kita leka dalam berjaga-jaga terhadap virus.

Ketua pengarah kesihatan berkata 40 petugas terbabit dijangkiti selepas melengkapkan proses vaksinasi. 

“Sembilan kes dijangkiti selepas dua minggu menerima dos kedua dan 32 kes dijangkiti kurang dua minggu selepas menerima suntikan dos kedua,” kata Dr Noor Hisham menerusi Facebook. 

Beliau berkata 142 petugas kesihatan dijangkiti selepas menerima dos pertama namun gejala yang dialami mereka kurang “kurang teruk”.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kita masih dijangkiti selepas menerima vaksin lengkap tetapi mungkin kurang teruk,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata walaupun vaksinasi memberi harapan terhadap Covid-19, langkah penjagaan kesihatan awam tidak boleh diambil mudah selepas vaksinasi. 

“Tiada yang selamat sehinga semua orang selamat. Tolong teruskan patuhi semua langkah penjagaan kesihatan awam,” katanya. 

Disember lalu, Pfizer memberitahu The Malaysian Insight bahawa penerima vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech akan mula mendapat perlindungan separa seawal 12 hari selepas dos pertama.

Penerima akan mendapat perlindungan lebih dari 90% setelah tujuh hari atau lebih selepas dos kedua.

Selain vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, Malaysia juga mula menerima vaksin Coronavac keluaran Sinovac.

Vaksin itu dikatakan 67% berkesan dalam menghalang jangkinan Covid-19 bergejala dan perlindungan 80% terhadap kematian, menurut kajian yang dijalankan oleh kerajaan Chile.

Program vaksinasi di Malaysia bermula 24 Februari dengan fasa pertama melibatka 500,000 petugas barisan hadapan. 

Kerajaan menyasarkan untuk menyuntik 9.4 juta oenerima vaksin terdiri daripada kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan selebihnya akan dilakukan pada fasa kedua yang bermula minggu depan. 

Putrajaya berusaha untuk menyuntik sekurang-kurangnya 80% penduduk untuk mencapai imuniti kawanan.

Setakat 15 April, lebih 434,000 orang telah divaksin sepenuhnya. 

Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran Malaysia mungkin berdepan gelombang keempat pandemik berikutan kes jangkitan yang terus meningkat.

2,551 kes jangkitan baharu semalam yang meningkatkan jumlah keseluruhan kes di Malaysian kepada 370,528. Kes kematian turut meningkat kepada 1,365.– 17 April, 2021.

LEPAS TERIMA

VAKASIN PUN
JATUH SAKIT

AMIN

DATA INI 

MENAKUTKAN

AMIN

TAK PERNAH KITA

BACA

AMIN

TAK PERNAH KITA

DENGAR

AMIN

APA SEDANG

BERLAKU ???

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam mana? Ada orang yang bagi amaran, dia di anggap pariah, media anggap pembawa berita palsu...nak ke kita jadikan badan kita sebagai ujian? Pakar pakar ini tak tahu nak menilai ke? Raja tak pakai baju tunjuk kote, budak je nampak...

Tanpa Nama berkata...

Hahaha padan muka! Ujian Pfizer yang berkesan 90% dijalankan diAmerika semasa jangkitan masih rendah. Pfizer syarikat Amerika. Yang mengesah kejayaan vaksin CDC Amerika. Semua sendiri! Ujian Sinovac China merah yang berkesan lebih rendah dijalankan diBrazil, diChile. China merah tidak dapat kawal ujian dan keputusan; yang berkuasa kerajaan Brazil dan Chile. Mana yang patut lebih dipercayai, Pfizer atau Sinovac?