Sabtu, 17 April 2021

PEGUAM BELA NAJIB BELOT

 


PEGUAM BELA

NAJIB CAKAP

MENGARUT

AMIN

APAKAH INI

TAKTIK UNTUK

MEMASTIKAN NAJIB

MASUK PENJARA

JENG JENG JENG


Perniagaan SRC helah, penyamaran untuk Najib, kata pendakwa

PELAN perniagaan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2011 hanya helah, walaupun terdapat tanggungjawab yang jelas untuk memastikan bekalan sumber tenaga, kata ketua pendakwa raya V. Sithambaram kepada Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata syarkat itu ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak untuk menyalahgunakan wang syarikat bagi kepentingan peribadinya.

“Satu-satunya perniagaan yang dimulakan oleh SRC ialah menghantar wang ke Switzerland,” kata Sithambaram.

“Pemohon disoal balas (ketika perbicaraan) dan berkata tidak ada apa-apa dilakukan. Jika anda benar-benar melabur dalam SRC, anda tentu ada dokumen untuk ditunjukkan, tetapi beliau tidak tunjuk apa-apa.”

Peguam bela Harvinderjit Singh bangun membuat bantahan tetapi Sithambaram dengan tegas memintanya duduk, kerana pihak peguam selama ini sudah “cakap mengarut”.

Mahkamah Rayuan mendengar permohonan rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara dikenakan terhadapnya atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta wang SRC International.

Najib ketika perbicaraan asal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengakui syarikat itu tidak memenuhi objektifnya untuk membekalkan sumber tenaga kepada Malaysia.

“Pemohon pegang beberapa jawatan dalam SRC dan beliau menyalahkan lembaga pengarah. Semua benda ini adalah palsu, tidak ada apa yang berlaku, duit masuk dan keluar,” kata Sithambaram.

Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil – mengetuai panel tiga hakim mengendalikan permohonan rayuan itu, bersama Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat. – 15 April, 2021.

MACAM ADA

KONSPIRASI

TERHADAP 

PEMIMPIN ISLAM

AMIN

PEGUAM BELA

BUKAN MEMBELA

TAPI MENGARUT

KAH KAH KAH

INI MEMASTIKAN

NAJIB SANGKUT

KHALAS



Tiada ulasan: