Isnin, 26 April 2021

SEMUA BERES

 


SABAR KARO

AMIN

PADA 2/8/2021

DARURAT TAMAT

AMIN



Umno desak Parlimen, DUN kembali bersidang

UMNO mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka kembali Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bersidang semula supaya kerajaan ini dilihat bertanggungjawab kepada demokrasi dan segala tindak tanduknya.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, langkah itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, kerajaan tidak boleh dilihat cuba memandulkan amalan demokrasi berparlimen kerana Parlimen dan DUN adalah medan untuk wakil rakyat membuat semak dan imbang.

“Kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan sesuka hati hingga membelakangkan kepentingan dan kebajikan rakyat yang hari ini berdepan dengan pelbagai kesukaran dan kesempitan melibatkan ekonomi, pengangguran, kos sara hidup rakyat dan harga barang yang meningkat,” katanya dalam sidang media  mesyuarat anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Menara Dato Onn, di ibu negara hari ini.

Ahmad yang juga bekas timbalan menteri kewangan berkata kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap perbelanjaan dana awam.

Kerajaan juga mesti bertanggungjawab atas jumlah hutang negara yang sudah melangkaui 60% daripada KDNK, yang bertentangan dengan Akta Hutang Negara yang diluluskan di Parlimen, katanya.

Umno juga katanya melihat penggunaan dana rakyat dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) adalah tidak wajar kerana dana amanah itu merupakan benteng terakhir negara untuk menghadapi keadaan sekiranya sumber asli negara kehabisan.

Sehubungan itu katanya, satu prosedur operasi standard (SOP) khas harus dibentuk untuk membolehkan Parlimen dan DUN kembali bersidang.

“Keyakinan dan kepercayaan pelabur terutama dari luar akan terus terhakis sekiranya amalan demokrasi berparlimen ini digantung sehingga tiada lagi aspek tatakelola kerajaan yang baik dari segi semak dan imbang dalam kerajaan.

“SOP khas harus dibangunkan bagi membolehkan persidangan Parlimen dan DUN dilakukan sebagaimana yang diamalkan di negara-negara seluruh dunia,” katanya.

Melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perisytiharan darurat, beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang menyentuh kedudukan Parlimen dan keanggotaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara digantung.

“Pilihan raya umum hendaklah diadakan dan mesyuarat Parlimen hendaklah dipanggil pada tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong,” kata ordinan itu.

Kedudukan sama juga berlaku ke atas semua dewan undangan negeri dan wakil rakyatnya.

Ordinan itu juga mengekalkan kuasa pada perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri untuk terus mentadbir dan menjalankan kuasa eksekutif yang ada pada mereka sepanjang tempoh darurat berjalan.

Ia juga mengekalkan jemaah menteri, majlis mesyuarat kerajaan negeri dan kabinet negeri.

Perisytiharan darurat berkuat kuasa sejak 11 Januari lalu sehingga 1 Ogos ini. – 25 April, 2021.

SEKARANG

ADA KOBID

NAK BUAT PRU15

AMAT BAHAYA

AMIN

JALAN TERBAIK

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

SEMUA PARTI

POLITIK KERJASAMA

LAWAN KOBID

KHALAS



Tiada ulasan: