Selasa, 4 Mei 2021

HAMZAH TAK RISAU

 

HAMZAH AKAN

MENANG

KAH KAH KAH

TAK RISAU

PDRM AKAN

BANTU

KAH KAH KAH

NO SWEAT

KHALAS



Umno timbang anak tempatan, calon kuat lawan Hamzah di Larut, kata pemimpin parti

UMNO sedang menimbang calon kuat untuk bertanding kerusi Parlimen Larut selepas wakil rakyatnya Hamzah Zainuddin keluar Umno untuk menyertai Bersatu, kata pemimpin parti.

Sumber parti memberitahu antara nama yang dipertimbangkan termasuk Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Saarani bagaimanapun menegaskan kepada The Malaysian Insight, Umno akan meletakkan calon anak tempatan untuk mencabar Hamzah di Larut.

“Saya orang Lenggong, saya ketua Umno Bahagian Lenggong. Itu di Larut bagi orang tempatanlah,” katanya ketika dihubungi, semalam (Ahad).

Apa yang pasti, kata Saarani, Umno akan merampas semula semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang asalnya dimenangi oleh parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi wakil rakyatnya keluar parti.

Selain Larut, Umno hilang kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Bagan Serai serta kerusi DUN Tualang Sekah dan Sungai Manik kepada Bersatu.

“Di Larut, Bukit Gantang, Bagan Serai, termasuk dua kerusi DUN itu pasti Umno akan ambil balik, itu kerusi kita,” kata Saarani.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Larut Muhammad Amin Zakaria juga memberitahu The Malaysian Insight, pihaknya akan memastikan Umno meletakkan calon anak tempatan yang berpengaruh kuat untuk menentang Hamzah, yang juga menteri dalam negeri.

“Kita akan letak calon anak tempatan yang kuat di Larut… siapa (calon)? Kita tak tahu lagi. Pendirian kita calon tempatan yang berkaliber. 

“Kalau ada perubahan itu terserah kepada parti,” katanya.

Amin juga berkata Umno Larut bersedia untuk menggalas cabaran menumbangkan Hamzah dalam PRU15 nanti.

Beliau turut menambah, Hamzah membayangkan akan tetap mempertahankan kerusi Parlimen Larut.

“Kami ada strategi politik masing-masing di Larut. Hamzah dah buat macam-macam, dia dah melabur banyak di sini, rasanya dia akan kekal di Larut,” kata Amin lagi.

Hamzah menang kerusi Parlimen Larut dalam PRU14 pada Mei 2018 atas tiket Barisan Nasional (BN) selepas mengalahkan calon PAS Abu Husin Mohamad dengan majoriti 4,486 undi.

Beliau mengekalkan kerusi itu untuk penggal ketiga, juga sebagai calon BN, selepas menang dua pilihan raya umum sebelumnya pada 2008 dan 2013.

Pada Disember 2018, Hamzah dan lima ahli Parlimen BN yang lain keluar Umno dan seterusnya menyertai Bersatu beberapa bulan kemudian.

Hamzah sebelum ini berkata beliau sedia berhadapan dengan Umno untuk mempertahankan kerusi Parlimen Larut dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau ada strategi untuk menang dan tidak kisah jika terpaksa melawan bekas partinya Umno.

Umno baru-baru ini mengesahkan keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15. Ia juga memutuskan hanya menyokong kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) sehingga tempoh masa yang ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno.

PN dibentuk oleh Bersatu dan PAS bersama beberapa parti lain, sementara Umno sebelum ini menjalin kerjasama dengan parti Islam itu atas nama Muafakat Nasional. – 4 Mei, 2021.


NO SWEAT

NO WORRIES

KAH KAH KAH

TAMBAH 

RUMAH PASONG

KAH KAH KAH

TAMBAH 

MATA MATA

KAH KAH KAH

UNDI TETAP UNDI 

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: