Isnin, 3 Mei 2021

MALAYSIA PERLU RAMAI HAMID BADOR

 

DALAM SEJARAH 

PDRM

TAK PERNAH

 BEKAS KPN

DISAYANGI RAKYAT

AMIN

INI KALI PERTAMA

 DALAM SEJARAH

 TANAH MELAYU

 DALAM SEJARAH

 MODEN MALAYSIA 

BEKAS KPN 

DI HORMATI RAMAI

AMIN

BIASANYA 

BEKAS KPN

SEMUA DI BENCI 

DI KUTUK DITUDUH

KAKI RASUAH

KAKI TEMBAK

KAKI PAU

 KAKI TUMBUK

KHALAS


NGO pelawa Hamid Bador sertai perjuangan reformasi polis

ABDUL Hamid Bador patut meneruskan perjuangannya untuk membawa perubahan kepada pasukan polis dan membanteras rasuah, sebagai seorang aktivis dalam kumpulan persatuan sivil.

Mereka berkata ketua polis negara (KPN) yang bakal bersara itu boleh meneruskan perjuangannya jika beliau serius hendak mengubah pasukan polis.

Pengerusi pemantau pilihan raya Bersih 2.0 Thomas Fann berkata Hamid boleh menubuhkan unitnya sendiri untuk memerangi rasuah dalam pasukan itu atau bekerjasama dengan organisasi sedia ada.

“Beliau boleh tubuhkan organisasi persatuan sivil yang focus kepada perubahan polis atau menyertai NGO atau parti politik untuk terus mendesak pembaharuan itu.

“Pengalaman dan pemahaman beliau terhadap kelemahan system sedia ada, sangat berharga,” katanya.

Fann berkata beliau percaya ia sangat penting kerana dakwaan Hamid berkenaan campur tangan politik adalah serius, dan mengesahkan kritikan persatuan sivil di mana banyak tindakan pasukan polis, adalah kerana politik.

Pada siding akhbar terakhirnya sebagai KPN pada Jumaat, Hamid berkata negara ini dalam keadaan bahaya jika ahli politik campur tangan urusan polis.

Hamid menyelar Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, yang dakwanya melampaui batas dengan  mencampuri urusan polis.

Beliau merujuk kepada kenaikan pangkat dan pemindahan tugas membabitkan pegawai polis kanan.

“Seorang menteri tidak boleh campur tangan hal ehwal pasukan polis. Menteri hanya diberikan kuasa untuk menetapkan dasar.”

KPN itu berkata campur tangan politik dalam urusan polis perlu dihentikan serta merta untuk masa depan negara ini.

Hamid dilantik sebagai KPN ke-12 untuk penggal dua tahun bermula 4 Mei., 2019.

Hari ini hari terakhir beliau sebagai KPN, dengan Timbalan KPN Acryl Sani Abdullah Sani bakal menggantikannya.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Dr Muhammad Mohan berkata lebih baik jika Hamid menyertai persatuan sivil, berbanding organisasi untuk pesara polis.

“Ini kerana bila berada dalam NGO, beliau lebih bebas untuk bercakap, terutama untuk meyakinkan pemimpin negara dalam melakukan pembaharuan kepada pasukan polis,” katana.

Hamid juga boleh meneruskan kerja berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), yang menjadi langkah pertama untuk meningkatkan imej polis. – 3 Mei, 2021.

HAMID BADOR

BEKAS KPN YANG

PERTAMA 

DIHORMATI

DAN DIRAYU

AGAR KERJA

DISAMBUNG

KHALAS



2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Perjuangan Reformasi Polis ..geli-geman Gwa bila dingar perkataan REFORMI. Chiss ..Lu jgn nak samakan Bador dgn Abam ..naas nanti lu gwa kirjekan ..

Tanpa Nama berkata...

Berambus lah dia. Ni pun jenis kaki putar jugak. Dulu kunun dia tau mana jho lo, siap konfiden dah boleh tangkap. Kes Indira Gandhi pun kantoi. Kes video pun ambil masa berbulan, siap perhabis duit rakyat hantar kat pakar luarnegara supaya jadi blur dan bador. Sajat pun tak boleh tangkap cuma dapat bau kentut saja. Ni lah sb kesayangan madey, dah banyak buat kerja mencacai untuk politikus.
Untuk semua mat mat polis, tak kira lah berapa tinggi kau punya pangkat, di mata politikus2, kamu semua hanya budak2 saja.
Budak2 yg kehilangan gah dan telur ketika berhadapan dengan pembesar.
Budak2 yg kongsi hasil dadah hasil judi hasil lendir qubul dan dubul.