Isnin, 3 Mei 2021

RAKYAT UCAPAN SELAMAT KEPADA HAMID BADOR

 

SELAMAT

DATANG KEDUNIA

BARU

AMIN

DUNIA TANPA

UNIFORM

AMIN

DUNIA YANG SELALU

DIHARU BIRUKAN

OLEH POLIS

ATAS ARAHAN

POLITIKUS

KHALAS








Saya sudah jalankan tugas, kini terserah kepada KPN baharu, kata Hamid

BEKAS ketua polis negara (KPN) Abdul Hamid Bador berkata beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan mendedahkan campur tangan ahli politik dalam pasukan polis, dan kini akan menyerahkannya kepada penggantinya untuk menyelesaikan isu itu.

Hamid berkata tiada keperluan baginya membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin atas dakwaannya wujud campur tangan itu, kerana beliau sudah mendedahkannya.

“Saya akan serahkan perkara ini kepada pengganti saya Acryl Sani Abdullah Sani,” kata Hamid pada majlis serah tugas di Bukit Aman hari iini.

“Saya serahkan kepada pertimbangan KPN baharu.

“Saya sudah dedahkan (pembabitan Hamzah) dan saya akan serahkan kepada pegawai polis untuk susulan lanjut. Saya tidak perlu buat laporan.”

Hamzah tidak hadir pada majlis serah tugas itu dan diwakili dua timbalannya, Dr Ismail Mohamed Said dan Jonanthan Yassin.

Tiada alasan diberikan tentang ketidakhadiran Hamzah, tetapi menteri berkenaan tidak senang dengan tuduhan Hamid tentang campur tangan dalam hal ehwal polis, khususnya pertukaran pegawai polis kanan.

Jumaat lalu pada sidang akhbar terakhirnya sebagai KPN, Hamid mengecam Hamzah, berkata menteri itu melampaui batas apabila campur tangan dalam urusan polis.

Hamid berkata ahli politik tidak seharusnya dibenarkan bertindak sedemikian.

“Seorang menteri tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal pasukan polis. Menteri hanya diberikan kuasa untuk menetapkan dasar.

“Jangan marah bila saya katakana menteri dalam negeri terlalu banyak kuasa,” katanya kepada pengarang pada sidan media di Bukit Aman.

Persatuan sivil dan ahli politik pembangkang turut mengkritik Hamzah, yang mengakui beliau orangnya dalam rakaman audio yang terbocor sedang membincangkan siapa bakal dilantik sebagai KPN baharu.

Hamzah berkata tidak salah untuknya bercakap dengan perkara itu dengan seorang lagi lelaki yang identitinya belum diketahui, tetapi digambarkan sebagai “individu sangat penting”.

Beberapa pihak mendesak Hamzah dipecat atau sekurang-kurangnya digantung hingga selesai siasatan.

Acryl Sani, 59, yang dilantik sebagai timbalan KPN pada Ogos lalu, dilantik sebagai KPN menggantikan Hamid untuk tempoh dua tahun. – 3 Mei, 2021.

BRO

LU JANGAN REHAT

LAMA SANGAT

AMIN

NANTI LU

BERKARAT

AMIN 

MARI MARA 

BERSAMA KAMI

RAKYAT TAKDA

UNIFORM 

AMIN

BRO

LU JANGAN LUPA

 LU UDAH 

JADI SERPICO 

UNTUK MALAYSIA

AMIN



Tiada ulasan: