Ahad, 11 Julai 2021

KETUM UNTUK KESIHATAN



BEBASKAN

KETUM

KETUM

HASIL BUMI

TANAH MELAYU

AMIN

KETUM TERBAIK

URAT MERAH

DARI

TANAH MELAYU

AMIN


APMM gagalkan cubaan seludup 1 tan daun ketum ke Thailand

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah mematahkan cubaan menyeludup keluar daun ketum seberat satu tan ke negara jiran melalui jalan laut di perairan Kuala Kerpan, Jerlun, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Mohd Zawawi Abdullah berkata rampasan pada jam 1.30 pagi itu dilakukan berdasarkan maklumat risikan berhubung aktiviti penyeludupan daun ketum di kawasan itu.

“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi berkenaan untuk melakukan serbuan dan mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju keluar dari Kuala Kerpan.

“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak menukar arah dengan memecut laju menuju ke pesisir pantai berdekatan bagi meloloskan diri dan meninggalkan bot serta muatan,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

Menurut beliau pasukan serbuan menemukan 100 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun ketum di atas bot berkenaan dengan berat keseluruhan sekitar satu tan yang dianggarkan bernilai RM180,000.

Mohd Zawawi berkata, daun ketum tersebut dipercayai cuba diseludup ke Thailand melalui jalan laut berikutan permintaan tinggi di sana dengan harga pasaran sekitar RM180 sekilogram berbanding RM40 sekilogram di negara ini.

“Semua hasil rampasan berserta bot fiber dan enjin yang dianggar bernilai RM235,000 dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Menurut Mohd Zawawi rampasan membabitkan daum ketum itu adalah yang ketujuh dilakukan pihaknya pada tahun ini dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM734,600. – Bernama, 11 Julai, 2021.

BEBASKAN

KETUM

DARI PENJARA

UNDANG UNDANG

PENJAJAH

BAGINDA QUEEN 

TAHUN 1955

KHALAS



1 ulasan:

Anto nyo beraga @ Antoniobraga berkata...

Pada hemat aku yang mantap jiwanya gais...
Lebih shafee afdal gomen benarkan penanaman,penjualan dan minum ketum...
Sebabnya jikalau dilarang atau diharam pun, masyarakat tetap minum juga...
Gomen keluarkan lesen penanaman,pemperosesan dan penjualan ketum dan gomen kenakan cukai atas semua tu...kan gomen dapat income dan petani dapat pendapatan sampingan...
Soal kemudaratan ketum itu terpulang pada kaedah pengunaan dan tujuan...
Cuba buat pilihan antara Coca-cola dan ketum,mana satu lebih bermanafaat dalam berbagai perkara..coca-cola mengkayakan Ambrika tapi ketum dapat paedah langsung pada masyarakat dalam setiap peringkat..
Aku x minum ketum tapi aku berbangga ketum hanye boleh hidup di asia tenggara ni...
Kalau ketum boleh hidup sihat di Ambrika dah lama gomen HALALkan cektummm.
Kesimpulannya OPAHNYA BENGKAK.