Ahad, 11 Julai 2021

ANAK MUDA KAMBALI KE JALAN RAYA



ANAK MUDA

MENERUSKAN

TRADISI  TURUN

KE JALAN RAYA 

Gabungan Sekretariat Solidariti Rakyat mempromosi Kempen Black Malaysia, menggesa rakyat memasang bendera hitam di rumah dan kenderaan serta berpakaian hitam bermula esok.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2021.

 

Turun ke jalan jika Muhyiddin enggan undur, kata kumpulan aktivis

SATU kumpulan aktivis mengancam akan membawa rakyat berdemo di jalanan sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih tidak letak jawatan selepas kempen Black Malaysia.

Kumpulan itu, Sekretariat Solidariti Rakyat juga mendesak sidang penuh Parlimen diadakan segera dan darurat ditamatkan serta-merta.

“Sekretariat Solidariti Rakyat bersedia untuk memimpin rakyat Malaysia turun ke jalan raya sekiranya ketiga-tiga tuntutan di atas tidak diendahkan,” kenyataan itu dipetik.

Gabungan itu mempromosi Kempen Black Malaysia melalui isyarat memasang bendera hitam di rumah dan kenderaan serta berpakaian hitam bermula esok.

“Rakyat Malaysia diminta mengambil gambar dan memuat naik di media sosial anda beserta tanda pagar #LAWAN secara konsisten selama tiga hari bermula jam 3 petang pada 10 Julai.

“Kempen ini adalah aksi yang membawa mesej yang mudah iaitu rakyat sudah berada pada tahap kritikal.

“Ia menggariskan kegagalan kerajaan memimpin negara untuk keluar daripada pandemik Covid-19,” kata kumpulan itu.

Kenyataan itu menyebut Sekretariat Solidariti Rakyat terlibat sebagai penganjur bersama kempen seperti desakan menurun had umur mengundi kepada 18 tahun (Undi18).

Ia turut terlibat dengan kempen mendesak Parlimen bersidang pada April lalu melalui kempen Buka Puasa Buka Parlimen.

Sekretariat Solidariti Rakyat seterusnya menyebut, kegagalan itu dapat dilihat apabila kes harian jangkitan Covid-19 naik semula ke angka 8,868 dan 135 maut, angka tertinggi setakat ini.

Selain itu, kematian 5,903 orang sejak pandemik bermula tahun lalu, dan kegagalan ramai pesakit kritikal mendapat rawatan menunjukkan kegagalan kerajaan, kata pertubuhan itu.

Ia turut merujuk kenyataan kementerian pada 4 Julai yang mengesahkan ramai pesakit kritikal Covid-19 tidak dapat ditangani kerana kesesakan dan kurang katil termasuk di unit rawatan rapi.

Kenyataan itu juga menggariskan mengenai kehilangan kerja hampir 70% kalangan anak seni dan jangkaan lebih 7 juta rakyat Malaysia dijangka kehilangan pekerjaan.

Keadaan itu berlaku kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh yang dijalankan secara cuai dan abai, kata kumpulan itu.

Pengumuman kerajaan untuk mengadakan persidangan Parlimen secara lima hari bermula 26 Julai pula dianggap kumpulan itu sebagai usaha mengekalkan kuasa sahaja.

“Jelas bahawa persidangan ini hanya merupakan satu sesi penerangan dan merupakan sebuah langkah politik bagi menjamin kekuasaan dan kelangsungan sebuah kerajaan yang gagal.

“Tindakan perdana menteri menggantung Parlimen adalah satu penghinaan terhadap roh, semangat dan rakyat tanah air ini,” kata kumpulan itu.

Perintah darurat yang masih berkuatkuasa sehingga 1 Ogos melarang segala bentuk perhimpunan untuk mengekang jangkitan Covid-19.

Beberapa perhimpunan yang diadakan sewaktu tempoh darurat disiasat polis, antaranya perhimpunan “Buka puasa, buka Parlimen” pada 30 April di hadapan bangunan Parlimen.

Berikutan itu, pengasas Undi18, Tharma Pillai, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan setiausaha penaja Muda Amir Abdul Hadi disiasat ekoran kehadiran di perhimpunan tersebut.

Turut disiasat Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan Asmaalif Abdul Adam, Khairuddin Abu Hassan dari Pejuang, dan ahli jawatankuasa PSM Sharan Raj,

Dua ADUN DAP Sheikh Umar Bagharib Ali dan Lim Yi Wei juga disiasat.  – 9 Julai, 2021.

SAPA YANG

MENGOMEL

TAK PUAS HATI

AMIN

SILA

TUNJUK AKSI

BUKAN HANYA

BISING KAKI

KOMPLIN

KHALAS 



3 ulasan:

ToraTora berkata...

kalau setakat keluar dari bakul si bangang dan masuk dalam bakul si bangang yg lain tak payah lah....gua dah meluat dgn apa pun slogan kerana ending nya puak pelahap rasuah juga yg pegang kuasa

Tanpa Nama berkata...

Pascal apa turun jalanraya. Senang dapat kobid, bahaya. Nak selesai masalah, senang saje. Hantar Abam ke Finland, humban tim banduan kedalam penjara. Abah tak yah tiap saat takut kena tendang, boleh fokus tangani Kobid.

yeop_sepet berkata...

yes,ini yang den tunggu2. ekau jang jangan sembang jo, plan mobilized askar2 jalanan dah kono mulo. atok tu ekau jangan lupo bawak,cucu2 atok dah tak soba2 nie.