Ahad, 11 Julai 2021

MUHYIDIN BIJAK - DIA BERSELINDUNG

 


MUHYIDIN BIJAK

BERSELINDUNG

KAH KAH KAH

APA NAK BUAT

KAH KAH KAH

BERAK KAMBING

BULAT BULAT

KAH KAH KAH 



Muhyiddin gagal sejak ambil alih kerajaan, kata penganalisis

KEGAGALAN pentadbiran Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dapat dilihat sebelum Umno menarik sokongan lagi, sewaktu pemimpin parti itu mengetuai usaha menangani pandemik.

Mereka antara lain membangkitkan penderhakaan Muhyiddin ke atas titah Raja-Raja Melayu, peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 dan tekanan ekonomi akibat kawalan pergerakan.

Kegagalan itu juga disumbangkan Umno yang mengetuai usaha menangani pandemik dan kemudian menarik sokongan ke atasnya sebagai perdana menteri, kata penganalisis ini.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, ia diperhatikan sejak Muhyiddin mengambil alih kerajaan, menguatkuasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah darurat.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisommuddin Bakar berkata, ekoran daripada itu, Muhyiddin mengemudi kerajaan yang gagal sepenuhnya.

“Ya, kerajaan gagal sepenuhnya sebelum (Umno tarik sokongan) lagi, bila mana darurat tidak menatijahkan penurunan kes.

“Impaknya, rakyat terkurung lama, hilang punca pendapatan dan datang pelbagai masalah lain yang boleh menyokong penyataan kerajaan gagal,” katanya.

Sejak itu, ahli Parlimen Pagoh itu dilihat hanya berselindung di sebalik Proklamasi Darurat untuk terus berkuasa, katanya.

“Kerajaan berselindung di sebalik ordinan darurat, seakan-akan tidak berlaku apa-apa sebab ordinan darurat masih berfungsi hingga akhir bulan.

“Dalam tempoh ini kerajaan Muhyiddin bertahan sampai sidang Parlimen,” kata Hisommuddin.

Kerajaan tidak sah

Tambahnya, pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti Melayu itu menarik sokongan juga menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak lagi sah.

Bagaimanapun, Muhyiddin masih kekal menjadi perdana menteri berdasarkan kenyataan peguam negara bahawa tiada bukti bahawa beliau hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, katanya.

“Apabila Umno yang merupakan salah satu komponen PN tarik sokongan, bahasa mudahnya, walaupun secara teknikalnya tak ada penarikan keluar, kerajaan ini sudah tak sah dan tidak wajar memerintah.

“Tapi sekarang Muhyiddin berlindung di sebalik kenyataan AG (peguam negara) iaitu tiada fakta menunjukkan beliau hilang sokongan, ia merujuk kepada ahli Parlimen Umno yang isytihar keluar kerajaan, tidak ada.

“Waima presiden dan blok kem Zahid tak membuat tindakan isytihar keluar PN secara terbuka atau bertulis, bagi AG kenyataan umum tak terpakai dan memerlukan fakta secara rasmi,” katanya.

Hisomuddin merujuk kepada kenyataan Peguam Negara Idrus Harun pada Khamis bahawa Muhyiddin Yassin dan jemaah menterinya kekal menjalankan kuasa eksekutif persekutuan.

Idrus Harun berkata, buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas menunjukkan Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Hisomuddin menjelaskan, ia bagaimanapun menunjukkan Muhyiddin menderhaka titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu sebuah kerajaan stabil dan mampu menangani pandemik Covid-19.

“Dari perspektif kepatuhan dan jika beliau akur kepada titah Agong, sepatutnya situasi ini takkan terjadi begini…

“Baginda perlukan kerajaan stabil, majoriti kukuh. Itu tak berlaku kepada Muhyiddin.

“Ini tindakan menongkah arus atau sembah derhaka Muhyiddin kepada Agong,” kata Hisomuddin.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Muhyiddin akan cuba menambah kekuatan sokongan menjelang sidang Parlimen pada 26 Julai nanti.

“Mungkin boleh beliau ambil ruang teknikal yang boleh untuk tunggu sidang Parlimen 26 Julai untuk uji keabsahan kerajaan, dalam tempoh rundingan dengan ahli Parlimen.

“Masih ada ruang untuk Muhyiddin susun strategi dan runding semula dengan Umno untuk atasi kemelut ini,” katanya.

Umno kenakan Muhyiddin

Penganalisis dari Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi turut berpendapat kegagalan Muhyiddin dalam pentadbiran turut memaksa Agong mengambil tindakan menegurnya.

“Memang kerajaan Muhyiddin dilihat kurang berprestasi dan lemah dari kecekapan hingga (Agong) terpaksa bertitah bagi kepentingan rakyat jelata,” katanya.

Jelasnya, titah baginda berulang-ulang itu berlaku sebelum Umno bertindak menarik sokongan ke atas Muhyiddin, yang dilihatnya sebagai peluru untuk menekan perdana menteri tu.

“Titah Agong kurangkan jangkitan Covid-19 tapi jadi lebih tinggi.

“Apabila perdana menteri ada pengumuman, jangkaannya cepatkan (Parlimen) bersidang. Tapi rupa-rupanya umum jawatan timbalan perdana menteri, di luar jangkaan orang awam.

“Dengan situasi Covid-19 makin tinggi, dah tiga kali Agong titah (buka Parlimen) masih ditangguh, dan tak dipercepatkan. Ini dua daripada tujuh naratif Umno desak Muhyiddin berundur,” katanya.

Awang Azman juga melihat sikap Umno itu sebagai usaha untuk mengenakan Muhyiddin memandangkan menteri dari parti itu bertanggungjawab ke atas usaha menangani pandemik.

Ini termasuk Ismail Sabri yang kini dilantik menjadi timbalan perdana menteri, menteri menyelaras pemberian vaksin Khairy Jamaluddin dan Adham Baba sebagai menteri kesihatan, katanya.

“Umno gunakan isu ini untuk kenakan Muhyiddin sedangkan menterinya dari Umno.

“Penyelaras (vaksin) Covid-19, Khairy Jamaluddin, kesihatan Adham Baba, yang jaga SOP Ismail Sabri, tetapi perdana menteri bertanggungjawab kerana ketuai kerajaan,” katanya.

Oleh itu, Muhyiddin perlu membuktikan sokongan di Parlimen apabila persidangan berlangsung semula pada 26 Julai kerana tidak lagi dapat bergantung kepada akuan bersumpah (SD).

“Muhyiddin kena buktikan beliau dapat sokongan majoriti di Parlimen dan Umno yang tolak kena buktikan betul atau tidak beliau tiada sokongan.

“SD (akuan bersumpah) dah tak pakai, sebab itu macam perniagaan ahli Parlimen,” tambahnya.

Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Ahmad Martadha Mohamed pula berpendapat, pandangan yang disuarakan Raja-Raja Melayu hanyalah satu pendapat dalam isu ini.

“(Raja-Raja Melayu) pun tak boleh buat apa juga sebab mereka kena ikut Perlembagaan, cuma itu teguran (Raja-Raja Melayu), sama juga dengan teguran Agong,” katanya.

Jelasnya, Muhyiddin tetap menjadi perdana menteri selagi mendapat sokongan majoriti ahli dewan, walaupun beliau tidak digemari Raja-Raja Melayu atau tidak disokong parti Umno.

“Walaupun (Raja-Raja Melayu) nyatakan tak berpuas hati, atau ada pihak lain suruh perdana menteri letak jawatan kita perlu merujuk kepada perlembagaan.

“Perlembagaan dengan jelas nyatakan dalam proses pelantikan perdana menteri, sekiranya beliau mempunyai sokongan majoriti mudah beliau masih sah sebagai perdana menteri dan kerajaan di bawahnya masih stabil.

“Sehinggalah ada proses lain seperti undi tak percaya, atau usaha jatuhkan perdana menteri melalui usul percaya atau tak percaya di Parlimen,” katanya.

Seorang lagi penganalisis, Mazlan Ali pula melihat walau kedudukan Muhyiddin tidak tergugat waktu ini, sidang Parlimen akan datang membuka peluang membentuk kerajaan baharu yang kukuh.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia berpendapat kedudukan Muhyiddin masih kekal walau Umno menarik sokongan ke atasnya sebagai perdana menteri.

“Sokongan terhadap perdana menteri diukur secara individu ahli Parlimen.

“Tidak ada dalam perlembagaan ketua parti mewakili parti walaupun Agong dalam jalankan kuasa budi bicara boleh jalankan dalam banyak bentuk…” katanya.

Peluang tubuh kerajaan kukuh

Katanya, budi bicara baginda itu termasuk bertemu setiap ketua parti atau setiap ahli Parlimen dan mendapatkan akuan bersumpah, seperti berlaku sebelum PN membentuk kerajaan tahun lalu.

Bagaimanapun, Agong memberikan ruang seluas-luasnya kepada ahli Parlimen untuk menyelesaikan kemelut ini dengan titah untuk mengadakan persidangan.

Keputusan Umno yang memberi kebebasan kepada ahli Parlimen parti itu untuk mengundi di Dewan Rakyat juga memberi peluang untuk membentuk kerajaan baharu yang kuat, katanya.

“Parlimen akan dibuka pada Julai, dan dalam kenyataan (Presiden Umno) Zahid (Hamidi), Umno beri mandat ahli Parlimen untuk pilih sesiapa.

“Maksudnya kalau ada usul percaya atau tak, mereka nak undi atau tidak terpulang, jadi ada peluang untuk membuat kerajaan yang kuat.

“Maksudnya kalau kerajaan PN kekal, tapi kalau ada cadangan baru, kerajaan baru mungkin boleh dibentuk, kerajaan campuran atau sebagainya, terpulang kepada ahli Parlimen. Agong sudah beri peluang, sekarang terpulang kepada mereka,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin juga perlu membuktikan sokongannya di Parlimen kerana jumlah majoriti sebenar yang dikuasai presiden Bersatu itu tidak jelas, kata Mazlan.

“Walaupun Umno tarik sokongan, hendak kata Muhyiddin hilang majoriti tak boleh. Tak dapat dibuktikan hanya dengan dakwaan ketua parti, tak boleh.

“Gunakan Parlimen, itu tempat paling baik ukur dia dapat sokongan atau tidak, mana tahu makin bertambah sokongan,” katanya lagi. – 11 Julai, 2021.

WOIT

SD TAK BOLEH

PAKAI

KAH KAH KAH

KALAU SD

TAK BOLEH 

PAKAI

KAH KAH KAH

NAK PAKAI

APA?

KHALAS



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini negara ku BolehLand ibarat macam " its take a fool to know a greater fool ", dah tahu ini pemimpin bukan pilihan rakyat dan gagal .... berselindung pulak dibelakang Darurat tapi masih direstukan .....tegur & cakap banyak msk rumah palong.... bodoh piang

panglimo potaseh berkata...

Minggu ni gwa kesan 2 pirkara yang positif Malikul dah buat. Satu..sekor pemaju hartanah Cina ngadu kat gwa yg kirajaan sikalang dah naikan cukai untung pemaju 700% ..gwa ulang Tujuo Latot Pelatot ..manding chukai zaman Kutti, Guan Eng dan Latok Seli Lajib ..hati gwa ciakap "padan muka lu" ..untung biliyun2. Dua ..3 hari lalu kirajaan Malikul mau setel 8 Biliyun otang Penoroka Felda ..satilah penoroka tu rugi main saham tajaan Isa & Lajib ..yg kaya chilaka duo ekor tu je ..kono jil pon tidak. Nampak cara permainan Malikol ..nampak.

capt salai berkata...

Jom kira cari seorang Jacinda Arden di Malaysia..abg lina tak boleh nanti banyak lesen jual dildo dikeluarkan,mak lampir pun tak boleh..nanti malu kita kalau dia pakai topeng yang ada tulis pedana menteri masa melawat negara orang wan? Susah sikit sebab kena mintak cerai dengan abg non dulu..kalau dik nurul abg sokong..tapi kena kurangkan merajuk sebab abg tak reti nak pujuk..