Khamis, 19 Ogos 2021

ADA PUSINGAN KE DUA KE ?

 

 ADA PUSINGAN

KE DUA KE ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN




Anwar perlu 7 lagi ahli Parlimen untuk dapat majoriti, kata ketua Pemuda Warisan

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim memerlukan tujuh ahli Parlimen lain dan 105 yang sudah menyokongnya untuk mendapatkan sokongan majoriti menjadi perdana menteri, kata Ketua Pemuda Warisan, Mohd Azis Jamman.

Menerusi Twitter beliau berkata, parti Sabah bersedia menyokong Anwar sekiranya beliau mempunyai “angka ajaib”.

“Warisan akan menyokong Anwar menjadi PM jika beliau melepasi ‘angka ajaib’ dan berharap Pakatan Harapan juga memberi hak penolakan pertama kepada Shafie Apdal (presiden Warisan) jika Anwar tidak melepasi angka ajaib,” kata ahli Parlimen Sepanggar itu merujuk kepada Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal. 

Dalam maklum balas terhadap pertanyaan pengguna Twitter lain bagi menjelaskan “angka ajaib”, Azis berkata parti pembangkang kini mempunyai 105 ahli Parlimen dan kekurangan tujuh lagi untuk mendapat majoriti sederhana dengan minimum 111 daripada 220 ahli Parlimen.

Pengguna lain @AbdulMu52303682 memberitahu Azis untuk menyokong dahulu dan angka lain akan menyusul kemudian.

Azis menjawab: “Ya, seperti sekarang, kita ada 105 termasuk Warisan, Pejuang, Muda, PSB (Parti Sarawak Bersatu) semuanya setuju menyokong Anwar. Tujuh tambahan perlu cari,”.

Ahli Parlimen perlu menghantar surat akuan kepada Istana Negara menyatakan selewat-lewatnya 4 petang esok, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun awal hari ini dalam surat kepada semua ahli Parlimen.

Azhar Azizan Harun meminta surat akuan dihantar bagi menyatakan sokongan ahli Parlimen kepada anggota Dewan Rakyat untuk jadi perdana menteri yang baharu.

Warisan, yang mempunyai lapan ahli Parimen sebelum ini menunjukkan keengganan mereka mengesahkan sokongan terhadap Anwar sebagai calon perdana menteri pembangkang. Shafie pernah diusulkan sebagai calon alternatif untuk perdana menteri sekiranya Anwar gagal mendapat majoriti.

Menjawab pertanyaan pengguna Twitter berkenaan bagaimana timbulnya hak penolakan pertama jika hanya seorang calon dibenarkan namanya dalam akuan berkanun, Azis berkata, Shafie dan Anwar perlu bertemu bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Sesiapa yang mendapat sokongan tertinggi perlu diberi peluang menulis nama dalam SD…atau anda mempunyai idea lain,” katanya. – 17 Ogos, 2021.


LAST KOPEK

LAST KOPEK

SEBELUM 

TERBARAI

AMIN



Tiada ulasan: