Khamis, 19 Ogos 2021

SABRI GANTI MUHYIDIN

 

 

SABRI

GANTI MUHYIDIN

AMIN

Ismail Sabri dahului saingan calon PM, kata sumber

PERIKATAN Nasional mempunyai jumlah sokongan paling tinggi setakat ini untuk kembali sebagai kerajaan dan menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri, kata sumber parti.

“Ada 100 ahli Parlimen sokong Ismail Sabri, 15 ahli parlimen Umno sokong Tengku Razaleigh Hamzah.

“Anwar Ibrahim ada 92 sokongan dan ada 13 yang sokong Shafie Apdal,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Sumber yang maklum mengenai surat akuan sokongan calon perdana menteri berkata ahli-ahli parlimen PN termasuk beberapa wakil rakyat bebas menandatangani dokumen itu, semalam.

Ismail yang juga naib presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri mendapat sokongan daripada PN yang mempunyai 50 ahli parlimen serta 23 ahli parlimen Umno yang sebelum ini mendukung Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Beliau juga disokong wakil rakyat MCA (2), MIC (1), PBS (1), PBRS (1) dan empat ahli parlimen bebas bekas PKR.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh disokong 15 ahli parlimen yang menolak kepimpinan Muhyiddin, termasuk presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Semua 38 ahli parlimen Umno dijangka berjumpa malam ini di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur untuk meluruskan perselisihan pandangan mereka mengenai calon perdana menteri.

Semalam, Zahid berkata Umno menimbang beberapa ahli parlimen parti sebagai calon perdana tetapi beliau bukan antaranya. 

Beliau tidak mendedahkan tetapi sumber sebelum ini memberitahu The Malaysian Insight dua nama iaitu Ismail dan Tengku Razaleigh.

Tidak cukup

Sementara itu, sumber memberitahu Anwar mendapat dukungan daripada 35 ahli parlimen partinya sendiri PKR, DAP (45) dan Amanah (11) serta empat daripada wakil rakyat Sabah, Sarawak dan bebas.

Sokongan kepada Shafie datang daripada Warisan (8), Pejuang (4) dan seorang ahli parlimen bebas.

Awal hari ini, ketua pemuda Warisan Azis Jamman berkata partinya sedia menyokong Anwar jadi perdana menteri sekiranya ketua pembangkang itu mendapat “angka ajaib” yang diperlukan, tambahan kepada seluruh 105 ahli parlimen pembangkang sekarang.

Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong melantik sebagai perdana menteri seorang ahli Dewan Rakyat “yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”

Awal hari ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta ahli parlimen menyerahkan kepada Istana Negara sebelum 4 petang esok surat akuan sokongan mereka.

The Malaysian Insight mengumpulkan maklumat ini daripada beberapa sumber sebelum dan selepas majlis mengadap ketua dan wakil parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi.

The Malaysian Insight mengesahkan maklumat dengan seorang pemimpin parti pembangkang dan sedang mendapatkan maklumat tambahan daripada beberapa pihak. 

Muhyiddin letak jawatan semalam selepas gagal meraih sokongan saat akhir daripada ahli parlimen pembangkang setelah 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.

Muhyiddin jadi perdana menteri sejak 1 Mac 2020 susulan percaturan politik menjatuhkan pentadbiran PH selepas beliau menarik keluar Bersatu dari gabungan itu.– 17 Ogos, 2021.


 APAKAH PROJEK

TIM BANDUAN

GAGAL ATAU

BERJAYA ??

AMIN



Tiada ulasan: