Khamis, 12 Ogos 2021

APA AKAN JADI - KLEPTO KEMBALI BERKUASA

 

 APA AKAN JADI

AMIN

KLEPTO KEMBALI

BERKUASA?

AMIN




Mesyuarat Muhyiddin dengan ketua parti kerajaan Perikatan tamat selepas 2 jam 

KETUA-ketua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional meninggalkan Kompleks Perdana Putra selepas menghadiri mesyuarat khas dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun tidak diketahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat selama dua jam yang berakhir kira-kira pukul 7 malam.

Pemberita yang berkumpul di luar PMO dimaklumkan mereka yang hadir pada mesyuarat berkenaan keluar daripada banbgunan itu menerusi pintu lain.

Terdahulu, The Malaysian Insight melaporkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, yang juga menteri undang-undang dilihat memasuki Pejabat Perdana Menteri (PMO) kira-kira pukul 3.40 petang.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin sampai lebih kurang 4.15 petang diikuti Presiden MCA Wee Ka Siong pada 4.40 petang.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tiba tidak lama kemudian.

Awal hari ini, sumber dalam PN memberitahu The Malaysian Insight, undi percaya terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri akan diadakan lebih awal, seawal minggu depan, di Dewan Rakyat.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight undi percaya terhadap perdana menteri mungkin diadakan pada Rabu ini (18 Ogos).

“Dalam perbincangan, Muhyiddin akan tunggu pengundian di sidang Parlimen dijalankan dulu.

“Undi percaya akan dilakukan pada 18 Ogos, itu rancangannya.

“Lagipun ia memang di bawah bidang kuasa perdana menteri untuk pembubaran,” kata sumber, yang maklum mengenai perbincangan mengenai pelan itu tetapi tiada mandat untuk mengumumkannya.

“Memang ada rancangan untuk bubar (Parlimen) tapi tak buat sekarang,” katanya.

Seorang lagi sumber yang juga ahli Parlimen Perikatan Nasional turut mengesahkan kepada The Malaysian Insight bahawa sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 18 Ogos.

“Betul kita semua ahli Parlimen ketika ini bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Terdapat laporan media awal hari ini yang menyatakan bahawa Muhyiddin akan mengumumkan malam ini beliau akan memohon pembubaran Parlimen. – 11 Ogos, 2021.

 MAKIN PARAH

MAKIN BERAT

AMIN

BINCANG APA

LAGI ?

AMIN

BUAT JALAN

 KELUAR

AMIN

JALAN

KELUAR TERBAIK

TUBUHKAN

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN





Tiada ulasan: