Khamis, 12 Ogos 2021

HIGH NOON DIBATAL ?

 TANGGUH TANGGUH

MANGGUH 

AMIN

SAKIT

 BERTAMBAH

PERIT

AMIN



Kemungkinan besar Muhyiddin adakan sidang Parlimen lebih awal, kata penganalisis

BERKEMUNGKINAN besar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengadakan persidangan kas Parlimen lebih awal berbanding September, atau sekurang-kurangnya sehingga beliau yakin tidak akan kalah pada undi percaya di Parlimen, kata penganalisis.

Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata perkembangan terbaharu memungkinkan Muhyiddin akan cuba menangguhkan undi percaya sehingga kedudukannya kukuh, mungkin mendapatkan beberapa sokongan ahli Parlimen untuk memihak kepadanya dengan majoriti.

“Situasi pandemik yang semakin buruk juga boleh digunakan sebagai alasan untuk melanjutkan penangguhan Parlimen,” kata penganalisis Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata melihatkan kepada jumlah ahli Parlimen yang menarik sokongan kepadanya, Muhyiddin menyedari beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dan akan cuba melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa.

Sokongan majoriti terhadap Muhyiddin dipersoalkan sejak beberapa hari lalu susulan tindakan 15 ahli Parlimen Umno yang menarik balik sokongan. Beliau kini dikatakan mempunyai sokongan 100 ahli Parlimen daripada 220 di Dewan Rakyat.

Perdana menteri kemudian memutuskan untuk mengadakan undi percaya pada September.

Bagaimanapun, pengkritiknya menuntut sidang Parlimen diadakan lebih awal daripada September bagi menentukan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional.

“Saya rasa beliau berunding dengan sekutunya mengenai langkah seterusnya yang harus diambil,” kata Tunku Mohar.

“Kini jelas bahawa beliau telah hilang majoriti dan Agong mengetahuinya.”

Semalam, sumber memberitahu The Malaysian Insight Muhyiddin mungkin akan mengadakan sidang khas pada 18 Ogos untuk undi percaya.

Semalam bermula dengan perdana menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong pada waktu pagi, sebelum mesyuarat kabinet, yang merupakan kebiasaan.

Kemudian pada sebelah petang beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet sebelum mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin parti komponen PN di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Tidak diketahui agenda mesyuarat berkenaan dan tiada sebarang kenyataan selepas mesyuarat itu berakhir pada kira-kira pukul 7 malam.

Mereka yang hadir termasuk Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.

Penganalisis politik Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata Muhyiddin akan melakukan apa sahaja untuk kekal sebagai perdana menteri dan tidak akan mengadakan usul percaya lebih awal.

“Beliau melihat semua pilihan yang ada dan sekiranya dapat melanjutkan pentadbirannya walau sehari, ia masih tambahan satu hari,” kata Oh.

“Kesungguhannya untuk kekal berkuasa sangat kuat. Ketika ini, tiada apa yang pasti.”

Oh turut mempersoalkan sama ada Muhyiddin akan kotakan janjinya untuk mengadakan usul percaya pada September depan kerana beliau tiada rekod prestasi yang baik untuk menunaikan janjinya.

“Rekod prestasinya tidak baik. Beliau berjanji untuk meletakkan ordinan darurat melebihi Parlimen, beliau tidak berbuat demikian.

“Jika ada persidangan Parlimen, adakah usul itu akan dibawa? Sejujurnya, kita tidak pasti.”

Tambah Oh walaupun Parlimen bersidang dan usul dibentangkan, undian masih boleh ditangguhkan.

“Malah sekiranya beliau kalah dalam usul itu, kita tidak pasti sama ada beliau akan letak jawatan. Kini jelas beliau hilang majoriti dan kamu tidak nampak beliau letak jawatan.”

Menurutnya, timbul persoalan kerana Muhyiddin tidak mengambil gambar secara berkumpulan dengan mereka yang hadir pada mesyuarat di Putrajaya semalam sebagai usaha untuk menunjukkan bahawa beliau masih mendapat sokongan dari parti-parti komponen.

Kerajaan minoriti 

Selain kemungkinan untuk mempercepatkan sidang Parlimen, terdapat laporan media yang mencadangkan Muhyiddin mungkin akan mengumumkan pembubaran Parlimen dan memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Untuk berbuat demikian, Muhyiddin perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen namun memandangkan beliau hilang majoriti, nasihatnya mungkin tidak memberikan sebarang keabsahan dari sudut perlembagaan dan perundangan, kata Tunku Mohar.

“Saya merasakan jika Muhyiddin kalah undi percaya, beliau dan kabinetnya perlu letak jawatan. Jika ada seseorang yang mendapat sokongan majoriti, mereka boleh membentuk kerajaan.

“Masalahnya ialah apabila tiada siapa yang dapat sokongan majoriti. Ia tidak pernah berlaku di Malaysia setakat ini. Namun dalam demokrasi Westminster lain, ada kemungkinan terbentuk kerajaan minoriti.”

Tengku Mohar berkata ia boleh dilakukan menerusi usul percaya dan perbekalan di Parlimen.

Kerajaan minoriti akan menyaksikan orang yang mendapat sokongan tertinggi membentuk kerajaan yang boleh merangkumi pemimpin dari luar parti komponen mereka yang bertugas sebagai menteri.

Katanya, dalam keadaan seperti ini, masih ada peluang untuk Muhyiddin terus kekal sebagai perdana menteri.

“Ia satu kemungkinan. Namun ia terpulang kepada sama ada parti lain akan bersetuju dengannya.

“Masalahnya ialah beliau mewujudkan musuh di kiri, kanan dan tengah,” tambah Tunku Mohar.– 12 Ogos, 2021.


 JALAN TERBAIK

MASIH LAGI

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN




3 ulasan:

Yeop sepet berkata...

High noon dah jadi Mexican standoff

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah. Will Kane akan balik kampung tanam kacang lebih awal sbb Frank Miller dan geng2jahat akan serang Kane pada pagi hari bukan tengah hari. Geng2baik Will Kane mula belot cabut lari tak mahu bantu Kane sbb persedian dibuat utk lawan pd tengah hari bukan pagi hari. Pagi sejuk dan mrk malas bangun awal.

Tanpa Nama berkata...

Kalau pasai duit, tpt tinggi pun hanyut, yg rendah terendam lama... Hanya duit shj boleh bercakap...