Jumaat, 6 Ogos 2021

APA MAKNA BERITA GUAN ENG INI ?

 

APA MAKNA

BERITA INI ?

AMIN

MAKNANYA DAP

PECAH DALAM

HAL MUHYIDIN

AMIN

ADA TAK MAU

SOKONG ANWAR

AMIN

ADA TAK MAHU

SOKONG  ZAHID

AMIN

ADA TAK NAK 

SOKONG

TIM BANDUAN

KHALAS




DAP tolak Perikatan, akan undi keluar PM di Parlimen, kata Guan Eng 

DAP kekal menolak pentadbiran Muhyiddin dan akan mengundi untuk menolak perdana menteri itu dalam mana-mana undi percaya, kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insight. 

Beliau berkata keputusan parti adalah menolak kerajaan Perikatan Nasional, yang muncul selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020. 

“Keputusan kolektif kami ialah menolak PM Muhyiddin dan kerajaannya. Ia tidak berubah,” katanya ketika timbul spekulasi bahawa mesyuarat parti itu malam ini akan membincangkan usul undi percaya yang diumumkan Muhyiddin pada Rabu. 

“Kami tak perlu bincangkan itu kerana sudah ada pendirian dan semua ahli Parlimen menyokongnya, tidak seperti parti lain yang ahli Parlimennya menolak keputusan parti,” kata ahli Parlimen Bagan itu. 

Semalam, sumber parti itu berkata mesyuarat bulanan parti akan mmfokuskan sama ada untuk menyokong perdana menteri dan langkah seterusnya sekiranya beliau letak jawatan.

“Penarikan 12 ahli Parlimen Umno dan usul undi percaya telah menimbulkan beberapa isu.

Namun Lim berkata situasi itu tidak timbul. 

“Kita ada banyak isu untuk dibincangkan dan dapatkan maklum balas. Selagi ada undi percaya, kami akan sokong blok pembangkang untuk menolak PM,” katanya.  

Beliau juga berkata ahli Parlimen DAP juga mempunyai pandangan peribadi mengenai masa akan datang namun itu tidak ada kaitan dengan keputusan parti 

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua pada Rabu lalu berkata ini merupakan peluang terbaik pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri yang mengkhianati mandat pengundi pada 2018, ia juga boleh mengembalikan Umno untuk berkuasa. 

“Dan bila ada pemimpin Umno jadi perdana menteri, tidakkan semua kelptokrat akan dibebaskan?” katanya.  

Pua dipercayai merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden parti itu Najib Razak. 

Zahid kini dibicarakan kerana rasuah manakala Najib yang dijatuhi hukuman kerana menerima RM42 juta daripada anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, SRC International tahun lalu, dan kini sedang membuat rayuan. Bekas perdana menteri juga berdepan beberapa lagi pertuduhan di mahkamah dalam kes berkaitan 1MDB. 

Ahli Parlimen DAP yang lain juga percaya ini merupakan peluang untuk menamatkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani pandemik Covid-9 dan ekonomi. 

“Rakyat Malaysia kini menderita kerana kegagalan menguruskan ekonomi dan ini peluang kita untuk membantu mereka. 

“Ketepikan politik, Pakatan Harapan bersama Pejuang, Warisan, Muda, PSB dan lain-lain, boleh melakukan sesuatu yang baik kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah yang paling teruk terjejas di bawah kerajaan PN,” tambah Pua. 

Muhyiddin dianggarkan mempunyai 103 sokongan daripada 220 ahli Parlimen Dewan Rakyat, selepas dua ahli Parlimen meninggal dunia tahun lalu. 

103 ialah selepas ditolak 12 dari Umno – dianggap 11 pada sidang media Zahid Selasa lalu, tambah Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan menteri tenaga dan sumber asli pada hari yang sama. 

Pakatan Harapan mempunyai 88, manakala Warisan (8) dan Pejuang (4) adalah 12. Lima lagi adalah PSB (2), Muda (1), Upko (1) dan satu lagi bebas. 

Keseluruhannya, mereka yang menolak Muhyiddin adalah 117. – 6 Ogos, 2021. 


 JIKA PAKATAN

TOLAK ANWAR

MUHYIDIN AKAN

KALAH

AMIN

JIKA PAKATAN

CALONKAN

ANWAR

MUHYIDIN AKAN

SELAMAT

KHALAS



Tiada ulasan: