Jumaat, 6 Ogos 2021

MENTERI MUHYIDIN LETAK JAWATAN

 


SOSOK SETIA

PADA PARTI

AMIN

BUKAN GILA

NAK JADI MUNKEE

AMIN 



Noraini akur keputusan parti, letak jawatan menteri pengajian tinggi

NORAINI Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pengajian tinggi yang berkuatkuasa serta merta hari ini.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata peletakan jawatannya itu berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 3 Ogos untuk menarik sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Saya sebagai Ketua Wanita Umno, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuakuasa serta merta.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau adalah menteri Umno kedua yang meletak jawatan dari Kabinet Muhyiddin.

Pada Selasa, Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli susulan pendirian parti berkenaan. 

Dalam kenyataannya, Noraini berkata beliau akan terus berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mengatasi wabak Covid-19 walaupun tidak lagi berada dalam pemerintahan.

Beliau juga berterima kasih kepada Muhyiddin kerana memberi beliau peluang berkhidmat dalam kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini dilaporkan Noraini didesak oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan sejajar dengan keputusan parti itu untuk menarik semula sokongan terhadap kerajaan dan Muhyiddin.

Pada Selasa, Zahid mengumumkan Umno sudah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong surat penarikan balik sokongan ahli Parlimennya kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Muhyiddin dengan itu sudah hilang majoriti untuk terus kekal menerajui kerajaan, katanya.

Surat akuan ahli Parlimen Umno yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan dengan ini terbatal.

Awal hari ini, Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 31 orang ahli Parlimen BN tetap menyokong kerajaan sehingga Parlimen bersidang untuk menentukan keabsahannya,

BN mempunyai 42 ahli Parlimen tetapi kerusi Grik kosong berikutan kematian ahli Parlimennya Hasbullah Osman pada November lalu.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas sidang media Ismail, dua ahli Parlimen Umno berkata bahawa tandatangan mereka dalam senarai yang kononnya menyokong Muhyiddin hanyalah untuk mengesahkan kehadiran mereka dalam mesyuarat di antara ahli Parlimen BN.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, itu tidak bermaksud mereka menyokong Muhyiddin. – 6 Ogos, 2021.

SOALANYA

BOLEHKAH

MUHYIDIN 

BERTAHAN

KAH KAH KAH

DAHAN DAH SEKAH

DAUN DAH GUGUR

TUPAI DAH LARI

KAH KAH KAH

BANGLA KENA

CERET BERET

AMIN



Tiada ulasan: