Jumaat, 6 Ogos 2021

MUHYIDIN DI SABOTAJ ?

 

PELAWAK NEGARA

SABOTAJ

MUHYIDIN?

KAH KAH KAH 




Ismail Sabri sahkan Perikatan tidak lagi ada majoriti, kata Shahrir

VETERAN Umno Shahrir Samad berkata, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah mengesahkan bahawa kerajaan tidak mempunyai majoriti selepas mengumumkan 31 ahli Parlimen menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau berkata, pengumuman Ismail Sabri menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya mempunyai 31 ahli Parlimen yang menyokong pentadbirannya. 

Shahrir berkata, dengan adanya pendedahan terkini itu, PN yang mendakwa mempunyai 155 kerusi kini hanya mempunyai 104 kerusi. 

“Akhirnya, apa yang mereka lakukan secara terbuka mengesahkan bahawa kerajaan PN memiliki (sokongan) 104 Ahli Parlimen ketika ini. Bergantung juga kepada siapa yang melompat (daripada pihak pembangkang).

“Mereka perlu tujuh lagi Ahli Parlimen untuk melompat hanya untuk mendapatkan majoriti mudah. Tetap kerajaan jenis apakah itu? Bolehkah mereka menjamin prestasi baik? Tak boleh, kerana pemimpin mereka lemah.

“Pengumuman mereka tiada makna apa-apa bagi saya. Saya tidak lihat kualiti kepimpinan di situ,” katanya kepada kepada Free Malaysia Today hari ini.

Awal hari ini Ismail berkata bahawa tindakan 31 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilakukan sebagai sokongan individu dan bukan tidak akur arahan parti.

“Isunya bukan tidak akur arahan parti, isunya sekarang adalah pendirian kita sebagai ahli Parlimen,” kata naib presiden Umno pada sidang media di Kuala Lumpur.

“Kami berpegang pada pendirian ini dan menunggu sehingga September,” katanya merujuk kepada undi percaya Muhyiddin yang akan diadakan dalam persidangan Parlimen bulan depan.

Ismail sebelum ini mengumumkan nama 31 ahli Parlimen BN yang menolak arahan Umno untuk segera menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis mengumumkan beberapa ahli Parlimen parti itu menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa ramai yang menarik sokongan berkenaan.

BN mempunyai 42 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang terdiri daripada 38 dari Umno, dua dari MCA dan masing-masing satu dari MIC serta PBRS. – 6 Ogos, 2021.


MACAM  ADA

PAKAT PAKAT

NAK

BAGI MUHYIDIN

REBAH LAGI

CEPAT

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: