Jumaat, 6 Ogos 2021

PELAWAK NEGARA KAKI PUTAR

 


APAKAH INI

SENGAJA

DILAKUKAN

UNTUK SABOTAJ

MUHYIDIN

AMIN

SAJE TANYA

KERANA PELIK

 LAGI LAWAK

KAH KAH  KAH




Dua ahli Parlimen Umno dakwa tandatangan tular bukan untuk sokong Muhyiddin

DUA ahli Parlimen Umno menyatakan tandatangan mereka yang didakwa menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu sebenarnya tandatangan kehadiran mesyuarat bersama ahli Parlimen Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar dan ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dalam sidang media maya berasingan berkata, tandatangan yang tular itu tidak bermaksud mereka menyokong Muhyiddin.

“Tanda tangan yang tersebar itu hanyalah tandatangan kehadiran saya ke mesyuarat dengan semua ahli Parlimen pagi ini,” kata Noh Omar.

Beliau berkata, ketika mesyuarat itu beliau setuju kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin masih sah sehingga Palimen bersidang pada September ini.

“Keabsahan Perdana Menteri Muhyiddin akan ditentukan di Parlimen. Saya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan menunggu Parlimen bersidang, melainkan jika ada keputusan sebaliknya, saya akan akur dan patuhi titah Yang di-Pertuan Agong,” kata ketua Umno Selangor itu.

Sementara itu Azeez berkata beliau menghadiri mesyuarat pagi tadi bagi mendengar taklimat Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri sebagai ketua whip ahli kerajaan di Parlimen.

“Ingin saya jelaskan bahawa tandatangan pada dokumen yang sedang tular itu adalah tandatangan kehadiran saya dalam mesyuarat itu. Tidak ada surat-surat lain yang saya tandatangan. Saya cuma hadir untuk dengar taklimat.

“Saya ahli parti, saya taat kepada parti dan keputusannya. Sebarang keputusan parti, apa pun yang diputuskan, adalah keputusan bersama,” katanya.

Pagi ini Ismail Sabri berkata 31 ahli Parlimen Barisan Nasional telah menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau berkata keputusan mengenai keabsahan kerajaan akan diputuskan dalam persidangan Parlimen pada September ini.

20 ahli Parlimen yang tampil bersama Ismail Sabri pagi tadi ialah:

Mahdzir Khalid (Padang Terap)
Shahidan Kassim (Arau)
Idris jusoh (Besut)
Noh Omar (Tanjong Karang)
Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak).
Hasan Ariffin (Rompin)
Abdul Azeez Rahim (Baling)
Annuar Musa (Ketereh)
Halimah Sadique (Kota Tinggi)
Ismail Mohd Said (Kuala Krau)
Abdul Rahman Mohd (Lipis).
Ismail Mutalib (Maran)
Shahar Abdullah (Payar Besar)
Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)
Ahmad Hamzah (Jasin)
Nazri Aziz (Padang Rengas)
Jalaluddin Alias (Jelebu)
Salim Sharif (Jempol)
Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
M Saravanan (Tapah) – 6 Ogos, 2021.


PROJEK KANTOI

KAH KAH KAH

AZEEZ  EEE

PUN TAK SOKONG

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

INI BERAT

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abdul Azeez sekarang diistiharkan sebagai komrad ishamuddin rais. Amin.

Tanpa Nama berkata...

H2O, KJ berdiam Diri.