Jumaat, 6 Ogos 2021

DI PENJARA SEHARI SAJA

 

 TO SARJAN

ARI TU KENA

BERAPA TAHUN?

SAJE TANYA

GUA LUPA

AMIN

TOK SARJAN

TU AMBIK

BERAPA RINGGIT

KHALAS


Bekas peguam kanan persekutuan dipenjara sehari, denda RM130,000

SEORANG bekas peguam kanan Persekutuan dipenjara sehari dan didenda RM130,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan bersetuju menerima suapan berjumlah RM700,000 tahun lepas.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Cheah Yit, 43.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari terhadap Lim bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Lim didenda RM50,000 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan pertama, dan  masing-masing RM40,000 atau penjara tiga bulan untuk pertuduhan kedua dan ketiga. Tertuduh membayar denda.

Lim dihantar ke Penjara Jawi, Pulau Pinang untuk menjalani hukuman penjara sehari.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas Lim mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah butiran palsu yang dapat dinilai atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, Lim didakwa sebagai seorang Peguam Kanan Persekutuan yang bertugas di Pejabat Jabatan Peguam Negara, Pulau Pinang telah bersetuju menerima wang tunai masing-masing RM500,000, RM100,000, RM100,000 daripada Goh Kim Heong, yang mempunyai urusan rasmi  dengan Pegawai Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, iaitu bagi menuduh Chan Eng Leong di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan keluarga di Gurney, George Town, di Pejabat SPRM Alor Setar, Kedah dan di sebuah hotel di Jalan Bukit Gambir antara Mac 2020 dan Jun 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili oleh peguam Devanandan S. Subramaniam. – Bernama, 5 Ogos, 2021.


 BETUL KE

PEGUAM KENA

HAKIM ?

AMIN



2 ulasan:

herman adnan berkata...

Open Secret a.k.a RAHASIA TERBUKA lah Isham Rais.... Nko pun dulu selalu cakap.... Its all about SYSTEM.... Yang Arif pun manusia biasa juga.... Suka ayam.... Suka kuda.... Manusia biasa macam Kita kan Isham oiiii...ada konek ada burit....

Tanpa Nama berkata...

Suapan 700 k, bayar denda 130 k, Masih balance 570 k, kita win win situation lah, kalau mamat curi susu tepung anak kelaparan sumbat 6 bulan, kalau penagih hisap feed masuk 2 tahun, kalau curi tabung masjid kerana kebuluran masuk 5 tahun kah kah kah, ini lah Malaysia Ku Cemerlang Bossku, yang curi juta billion boleh tangguh postpone appeal sampai habis penggal, kah kah kah