Sabtu, 14 Ogos 2021

DAP SEBAGAI PARTI TOLAK MUHYIDIN

 


GARIS DAP

JELAS

TAK SOKONG

MUHYIDIN

AMIN 

TAPI YB DAP

 MACAM MANA?

KHALAS



Janji Muhyiddin untuk kepentingan politik, kata Guan Eng

MENJANJIKAN pembaharuan institusi tanpa komitmen adalah untuk kepentingan politik, kata DAP selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan pembahuruan sebagai balasan untuk sokongan terhadapnya pada undi tidak percaya bulan depan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Muhyiddin dan pentadbiran Perikatan Nasional diterajuinya tidak memiliki rekod “komitmen dan pengorbanan” yang diperlukan bagi melakukan pembaharuan berkesan.

“Pembaharuan institusi bukan (untuk) kepentingan politik.

“Berdasarkan rekod pengkhiatan politik perdana menteri dan komposisi kabinet konservatifnya yang secara konsisten menentang sebarang pembaharuan, wujud kecurigaan tulen samada beliau akan mengotakan pembaharuan yang dijanjikan sedangkan jelas wujud percaturan untuk berkuasa atau muslihat untuk terus bertahan,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tawaran dibuat Muhyiddin kepada pembangkang semalam selepas hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ia juga dikeluarkan selepas wujud percanggahan pendapat dalam DAP yang tawaran presiden Bersatu itu wajar dipertimbangkan kerana ia peluang untuk pelaksanaan pembaharuan.

Dua ahli Parlimen DAP yang dipercayai berpandangan sedemikian ialah Ong Kian Ming (Bangi) dan Tony Pua (Damansara).

Tetapi, Ong kemudiannya menerusi Twitter berkata beliau menerima pendirian Pakatan Harapan selepas gabungan politik itu mengeluarkan kenyataan menolak tawaran Muhyiddin.

Dalam kenyataan hari ini, Lim tidak menamakan sesiapa tetapi mengakui janji pembaharuan Muhyiddin mampu menarik minat individu tertentu.

“Bagi mereka yang pada awalnya tertarik dengan janji pembaharuan, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana bergantung kepada ‘matlamat menghalalkan cara’, tanpa mengira siapa yang memulakannya. Mereka tidak salah dalam perjuangan idealistik mereka untuk pembaharuan insititusi.

“Bagaimanapun, kita sedang berurusan dengan perdana menteri yang ada sejarah melakukan sebaliknya dalam ‘matlamat menghalalkan cara’, dalam kes ini untuk terus kekal sebagai perdana menteri walau apa sahaja caranya,” kata Lim.

Bagi meraih sokongan, Muhyiddin menjanjikan rang undang-undang menghadkan penggal pentadbiran perdana menteri dan menghalang amalan lompat parti wakil rakyat.

Beliau juga menjanjikan peruntukan saksama kepada semua ahli Parlimen bagi memenuhi keperluan kawasan perwakilan mereka, termasuk untuk wakil rakyat pembangkang.

Pembaharuan lain termasuklah pindaan akta berkaitan diperlukan untuk Undi 18, atau menurunkan had umur boleh mengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta memastikan semak imbang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Jika beliau kekal sebagai perdana menteri, Muhyiddin juga berikar untuk meningkatkan perbelanjaan Covid-19 sebanyak RM45 bilion kepada RM110 bilion bagi mengekang pandemik yang kini tidak terkawal serta menambah bantuan kewangan untuk rakyat dan perniagaan.

Bagaimanapun, Lim berkata pakatan pembangkang menolak tawaran Muhyiddin kerana “keikhlasan, cara dan keadaannya” boleh dipersoalkan.

“Ia juga menyentuh soal masa tawaran dibuat oleh perdana menteri yang sudah hilang keabsahan politik dan majoriti di Parlimen sehingga menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk terus kekal berkuasa.

“Bagaimana sebuah kerajaan yang gagal teruk dalam pengurusan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi kesan daripadanya, sehingga menyebabkan Malaysia semakin dilihat menjadi sebuah negara gagal, boleh meminta diberikan peluang kedua?” – 14 Ogos, 2021.

SAPA CALON

DAP?

AMIN



Tiada ulasan: