Sabtu, 14 Ogos 2021

GEROMBOLAN AKAN BELOT

 

BELOT

JANGAN TAK

BELOT

KAH KAH KAH

IKUT JALAN

KENG

KAH KAH KAH

TIKAM JANGAN

TAK TIKAM

KAH KAH KAH



Siapa ahli Parlimen Umno sokong Muhyiddin?

SETAKAT ini, 15 ahli Parlimen Umno menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), manakala 23 lagi kekal menyokong. 

Dalam siri tiga bahagian, The Malaysian Insight melihat beberapa kawasan dari 23 yang berpegang teguh dengan perdana menteri, yang prestasinya merudum dalam menangani wabak Covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi.

Sebahagian besar 23 ahli Parlimen itu memegang jawatan dalam kerajaan, atau sekurang-kurangnya entiti berkaitan kerajaan, dan pelantikan mereka dibuat oleh Muhyiddin selepas PN mengambil alih Putrajaya daripada Pakatan Harapan tahun lalu. 

Kesemua 23 kerusi terbabit adalah majoriti Melayu, dan menarik untuk melihat sama ada ahli Parlimen ini mampu mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya umum akan datang selepas keputusan parti untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan PN. 

Muhyiddin semalam membuat beberapa tawaran pembaharuan kepada pembangkang sekiranya mereka mengundinya pada usul percaya di Parlimen bulan depan. Tawaran itu bagaimanapun seolah ditolak oleh pembangkang yang menyifatkan ia sebagai langkah terdesak perdana menteri untuk kekal berkuasa. 

Dalam bahagian pertama ini, The Malaysian Insight melihat kepada 23 ahli Parlimen Umno yang dikatakan menyokong Muhyiddin, menurut Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, yang juga timbalan perdana menteri 

Pahang miliki kontinjen terbesar 

Sebagai bukti pengaruh Ismail Sabri, Pahang mempunyai jumlah ahli Parlimen Umno yang paling banyak menyokong Muhyiddin

Menurut ahli Parlimen Bera, enam daripada sembilan ahli Parlimen Umno di negeri itu menyokong pengerusi PN. 

Selain Ismail Sabri, lima lagi adalah ahli Parlimen penggal pertama Shahar Abdullah (Paya Besar), ahli Parlimen dua penggal Abdul Rahman Muhamad (Lipis) dan Hasan Ariffin (Rompin), dan ahli Parlimen empat penggal Ismail Mutalib (Maran) dan Ismail Said (Kuala Krau).

Ismail Sabri juga merupakan ahli Parlimen empat penggal. 

Dari segi jawatan kerajaan yang dipegang, Shahar merupakan timbalan menteri kewangan, Rahman timbalan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, Ismail Sabri timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dan Ismail Said ialah timbalan menteri dalam negeri. 

Manakala ahli Parlimen Pahang yang tidak menyokong Muhyiddin ialah bekas perdana menteri Najib Razak (Pekan), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Perak mempunyai tiga ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin, tiga lagi yang berasal dari Umno kini menyertai Bersatu, yang diterajui Muhyiddin. 

Mereka ialah Nazri Aziz (Padang Rengas), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan Tajuddin Rahman (Pasir Salak).

Mastura merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala Tajuddin dilantik pengerusi Prasarana sebelum dipecat pada Mei kerana gagal mengendalikan sidang media dan beberapa kesalahan lain.

Tiga pembelot yang memenangi kerusi mereka atas tiket Umno namun melompat ke Bersatu selepas pilihan raya umum 2018 adalah Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) diikuti Hamzah Zainuddin (Larut) dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Hamzah merupakan menteri dalam negeri manakala Noor Azmi ialah timbalan menteri kesihatan. 

Syed Abu Hussin dilantik pengerusi Lmbaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). 

Negeri kelahiran Umno, Johor, mempunyai tiga ahli Parlimen Umno yang menyokong presiden Bersatu dan kesemua mereka memegang jawatan dalam kerajaan. 

Hishammuddin Hussein (Sembrong) merupakan menteri kanan dan menteri luar, Dr Adham Baba (Tenggara) ialah menteri kesihatan dan Halimah Saddiq (Kota Tinggi) ialah menteri perpaduan nasional. 

Abdul Latiff Ahmad (Mersing), memenangi kerusinya pada 2018 sebagai calon Umno namun masuk Bersatu pada 2019. 

Muhyiddin mendapat sokongan penuh di Perlis dan Negeri Sembilan. – 14 Ogos, 2021.

KAPAL DAH

PECAH

KAH KAH KAH

TERJUN CEPAT

KAH KAH KAH

ATAU MATI

BERSAMA MUHYIDIN

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: