Sabtu, 14 Ogos 2021

SUARA BAKAL CALOM PM

 

INI SUARA

BAKAL CALON

PERDANA MENTERI

DARI

GEROMBOLAN

AMIN




Letak jawatan PM segera, mudahkan tugas Agong, gesa Mat Hassan

MUHYIDDIN Yassin sepatutnya letak jawatan segera dan itu akan menyenangkan tugas Yang di-Pertuan Agong, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan, selepas perdana menteri hilang majoriti untuk kekal menerajui kerajaan.

Katanya, Muhyiddin sudah hilang keabsahan untuk terus jadi perdana menteri dan ini akan menyusahkan kerajaan jika beliau tidak letak jawatan.

“Bagi mengelakkan negara terus berada dalam kancah kecelaruan Perlembagaan sebegini, wajarlah pihak eksekutif tampil dan melakukan tindakan yang benar dan berperlembagaan.

“Mereka harus memudahkan Yang di Pertuan Agong melaksanakan tugas Perlembagaan baginda dan bukan bertindak sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Mohamad, keputusan kerajaan yang tidak sah boleh dicabar di mahkamah.

“Ini meletakkan kerajaan dalam kedudukan terdedah kepada pelbagai pertikaian undang-undang dan risiko kerugian kewangan,” tambahnya.

Mohamad mengulas tujuh tawaran reformasi Muhyiddin kepada ahli Parlimen semalam untuk memastikan  usul undi percaya lulus di Parlimen nanti.

Semalam Muhyiddin menawarkan tujuh pembaharuan sebagai balasan mendapatkan sokongan ahli parlimen pembangkang di Parlimen untuk pentadbirannya kekal selepas sejumlah ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka.

Tawaran itu adalah cadangan reformasi kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, termasuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal serta mengukuhkan institusi Parlimen.

Muhyiddin juga mahu menurunkan kelayakan umur mengundi kepada 18 tahun tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik pengundi.

Tawaran dibuat menjelang undian percaya kepada perdana menteri pada 7 September ketika kerajaan Muhyiddin kini dipercayai mempunyai hanya 100 sokongan daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

Mohamad juga mendakwa Muhyiddin menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk menyelamatkan hayat politiknya.

“Perdana Menteri waktu ini nampaknya bersendirian mempertahankan kedudukan yang tidak boleh dipertahankan lagi.

“Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan ‘is non-negotiable’ (harga mati),” katanya. – 14 Ogos, 2021.


BRO

ITU TAWARAN

LAST KPEK

DARI MALIKUL

KAH KAH KAH

KEDAI NAK TUTUP

BARANG MURAH

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: