Sabtu, 14 Ogos 2021

GARIS DAP TAK SUKA ANWAR

 


 INI GARIS DAP

YANG TIDAK SUKA

ANWAR IBRAHIM

AMIN



PH perlu pertimbang tawaran Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dicadangkan agar membuat pertimbangan wajar berhubung tawaran dikemukakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, semalam, bagi menghentikan kemelut politik ketika ini.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, yang membuat cadangan itu berkata, langkah itu menurut pandangannya adalah demi kepentingan rakyat dan tidak akan merugikan sesiapa.

“Pada pandangan saya, jika tidak dapat memastikan majoriti untuk Ketua Pembangkang, kita mesti memberi pertimbangan penuh kepada tawaran Muhyiddin.

“Lagipun, semuanya adalah untuk rakyat dan tiada apa-apa yang merugikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Pua berkata, sebahagian rakannya dalam pembangkang menyifatkan PN lemah dan terdesak sehingga membuat tawaran itu dan ia sudah terlambat.

Bagaimanapun beliau menegaskan, perkara itu tidak mungkin sebaliknya, jika kemelut politik berterusan ia boleh menjejaskan negara.

“Persoalan untuk kita dalam Pakatan Harapan (PH), adakah kita dapat menyelamatkan negara daripada jurang ini?

“Jika mereka lemah dan terdesak, tidakkah ini masa terbaik untuk kita berunding dengan mereka?” ujarnya.

Justeru, Pua mengajak pembangkang supaya melihat manfaat cadangan Perdana Menteri itu kepada rakyat dan mengakhiri kebuntuan politik yang berlaku.

“Kita sekat kepulangan semula kleptokrat, kita halang PRU ketika wabak, kita dapat (bolehkan) PN laksanakan pembaharuan yang tidak ternilai, kita dapat kesaksamaan dalam meluluskan rang undang-undang dan akhirnya, kita dapat mengeluarkan PN pada PRU yang akan diadakan dalam masa kira-kira 10 bulan lagi,” tambahnya.

KALAU GARIS

INI TAK ANGKAT

TANGAN

MAKA MUHYIDIN

AKAN SELAMAT

AMIN

 SAYANG TAWARAN  MUHYIDIN 

DATANG LAMBAT

AMIN




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini fakta https://newslab.malaysiakini.com/battle-for-putrajaya/my