Ahad, 15 Ogos 2021

HARI HARI AKHIR SAEKOR MUHYIDIN

 


 TAWARAN BAIK

AMIN

TAPI SAMPAI

TERLAMBAT

AMIN

PATUT TAHUN

LALU LAGI

DITUNTASKAN

AMIN 



Tengku Zafrul, ahli Parlimen DAP rancang tawaran damai PM, lapor Sin Chew

TAWARAN berdamai saat akhir dihulurkan Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan sokongan bipartisan pada Jumaat didakwa hasil usaha kerjasama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan wakil rakyat DAP Tony Pua dan Ong Kian Meng, lapor Sin Chew malam tadi.

Akhbar harian berbahasa Cina itu dalam satu laporan eksklusif berkata persetujuan itu dicapai selepas beberapa mesyuarat rahsia diadakan bagi melaksanakan pembaharuan parlimen dan institusi.

The Malaysian Insight difahamkan satu mesyuarat diadakan sebelum Belanjawan 2021 dan turut diadakan baru-baru ini berkenaan usaha bipartisan.

Belanjawan 2021 dibentangkan tahun lalu tetapi tujuh tawaran terbaru mengenai cadangan rangka kerja rentas parti ditawarkan Muhyiddin ditolak oleh Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat lalu.

Rundingan itu dikatakan mendapat kelulusan daripada kepimpinan DAP, kata Sin Chew, menambah Muhyiddin mengumumkan tawaran itu secara siaran langsung di televisyen dibuat atas permintaan DAP bagi menunjukkan keikhlasannya untuk melakukan perubahan.

Dalam mendapatkan sokongan, Muhyiddin berjanji untuk memperkenalkan rang undang-undang had penggal perkhidmatan perdana menteri dan menghentikan wakil rakyat lompat parti.

Beliau juga berjanji memberikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen untuk keperluan kawasan masing-masing, termasuk di kerusi pembangkang.

Pembaharuan lain termasuk pindaan kepada undang-undang berkaitan yang diperlukan untuk Undi18, atau menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, dan bagi imemastikan periksa dan imbang lebih baik dalam jawatankuasa pemilih Parlimen.

Jika kekal sebagai perdana menteri, beliau juga berjanji menambah perbelanjaan kerajaan untuk mengurus Covid-19 kepada Rm110 bilion, bagi mengawal pandemik yang semakin teruk dan menambah bantuan kewangan kepada rakyat dan perniagaan.

Pua yang juga ahli Parlimen Damansara dan Ong (Bangi) menerusi Twitter berkata PH patut mempertimbangkan tawaran itu, mencetuskan kecaman daripada penyokong mereka di media sosial.

Ong kemudian berkata beliau akan mengikut pendirian parti selepas majlis presiden PH mengeluarkan kenyataan untuk menolak tawaran Muhyiddin dan menggesa beliau meletak jawatan perdana menteri.

Muhyiddin dijangka meletak jawatan esok. – 15 Ogos, 2021.


 POLITIK IALAH

PERSEPSI

AMIN

PERSEPSI RAKYAT

MELIHAT MUHYIDIN 

TIDAK BERGERAK

AMIN

MUHYIDIN 

ENGGAN BERHDAPAN

DENGAN WARTAWAN

DIBACA SEBAGAI

TAKKUT

AMIN 

ATAU ADA 

YANG NAK 

DISOROK

KHALAS



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sampai pada waktu yang tepat... terpulang pada pembangkang nak tengok jibby jadi kerajaan.. kah kah kah

Unknown berkata...

Dulu hari hari terakhir saekor najib hari ni muhyiddin pulak kene sumpah camtu. Padahal muidin satu kapal dengan bang jemin yang Tt sokong. Satu kapal wat langkah sheraton pastu sama sama wat kerajaan tebuk atap. Apa dosa mudin dimata Tt kot ya pun tak la sebesar najib. Muidin takde bunuh orang takde curi duit.. hari hari terakhir dia kene diraikan sebagai hero yang tersungkur..

Tanpa Nama berkata...

Banyak benda nak kena sungkit Midin lepas ni

Time darurat ambil peruntukan berbiliion

Mana pergi peruntukan berbilion tu

Bawak pegi Singapore ke

Kah Kah Kah