Ahad, 15 Ogos 2021

TERUSKAN - JANGAN PUTAR PUTAR

 


 TERUSKAN

TAKDA SAPA

KACAU

AMIN

JANGAN PUTAR 

JANGAN TIPU 

AMIN

KALAU MENANG

SYABAS

AMIN

KALAU KALAH

LEPAS

KHALAS


Perikatan tidak bubar, tunggu PRU15, kata pemimpin Bersatu

BERSATU akan kekal sebagai parti politik manakala kerjasamanya dengan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) juga tidak berubah walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan letak jawatan esok, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof.

Peletakan jawatan Muhyiddin bukan penamat buat PN sebaliknya kerjasama politik itu akan diteruskan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), katanya.

“Perikatan Nasional masih ada solidariti bersama termasuk PAS. Kita akan bergerak sebagai satu gabungan kerjasama.

“PAS sendiri sudah menyatakan solidariti… mereka tak akan tukar sokongan (walaupun Muhyiddin bukan perdana menteri).

“Malahan kita rasa lebih kuat sekarang ini kerana perkembangan senario politik ketika ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

PN pada masa ini dibentuk bersama antara Bersatu, PAS, Gerakan, dan dua parti di Sabah iaitu Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Kerajaan PN mendapat dukungan Umno, Gabungan parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan beberapa wakil rakyat bebas.

Sekumpulan 14 ahli Parlimen Umno sah menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin dan kerajaan PN awal bulan ini.

PN mempunyai 50 kerusi di Dewan Rakyat, kedua terbanyak selepas Pakatan Harapan yang ada 88 kerusi di blok pembangkang.

Menurut Redzuan, kedudukan PN dibincangkan dalam mesyuarat khas MPT Bersatu pagi tadi, termasuk hala tuju Bersatu.

Beliau yakin Bersatu akan lebih kuat selepas ini dan akan lebih fokus untuk menghadapi PRU15.

“Kita mahu kuatkan jentera untuk persiapan pilihan raya akan datang,” katanya.

Awal hari ini, Redzuan yang juga menteri kabinet mengesahkan Muhyiddin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong esok untuk menyerahkan surat peletakan jawatan.

Langkah itu dibuat selepas segala usaha sudah diambil untuk menyelamatkan pentadbirannya yang hilang majoriti di Dewan Rakyat. 

Muhyiddin akan mempengerusikan satu mesyuarat kabinet khas esok dan selepas itu mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, katanya, dipercayai sebelum tengah hari.

Muhyiddin jadi perdana menteri pada 1 Mac, 2020 selepas percaturan politik menyingkirkan kerajaan PH yang menang pilihan raya umum 2018.

Kerajaan PH jatuh selepas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi parti letak jawatan setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu pada 24 Februari, 2020.

PN didaftarkan pada awal Ogos 2020 dan disahkan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan hanya dua minggu sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September. – 15 Ogos, 2021.

 

ORANG RAMAI

RAKYAT DAN

PENGUNDI

AKAN BUAT

KEPUTUSAN

AMIN

RAKYAT BUAT

PILIHAN 

AMIN

RAKYAT SOKONG

LU MENANG

AMIN

RAKYAT TOLAK

LU GI BERAK

KAH KAH KAH



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat Desperaldo mahu pegang kuasa, asyik sini sana walau dah tahu rakyat meludah muka mereka, character pun tak ada, kebolehan pun tarak, apa lagi charismatic, confirm tak ada, kalau semuanya asal usul dari parti rasuah, otak dah begitu sejak merdeka, pun akan begitu,akan cari jalan rasuah sampai bila asal nama agama, asal makan bangsa dan melayu akan diguna kah kah kab

Tanpa Nama berkata...

kepada pak mudim .. mohon perkenan bubar parlimen... biar semua mampus.. kah kah kah

hamim berkata...

Mula dengan baik, lepas tu buat kerja kotor ...pancing ...untuk kuatkan parti...lepas tu mengetuai pengkhianatan....habis punah ranah mandat dan apa yang diamanahkan oleh pengundi....bukan semua pengundi boleh terima dan redho...lihatlah apa akhirnya....porak peranda....terimalah balasan disebabkan dari pengkhianatan...pedih tak....