Rabu, 1 September 2021

ADLY KAMRUDIN SIAPA KENAL ?

 

INI SCAM BESAR

AMIN

PASTI ADA

TALIAN POLITIK

AMIN

SAPA TAHU

MALAON INI 

SILA HEBOHKAN

KHALAS



Ahli perniagaan didakwa berkaitan kartel penipuan projek kerajaan RM3.8 bilion 

SEORANG ahli perniagaan bergelar Datuk yang dikaitkan sebagai dalang sindiket kartel penipuan projek-projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas 69 pertuduhan berkaitan pemalsuan dokumen.

Adly Kamarudin, 47, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut semua pertuduhan, Adly didakwa bersubahat memalsukan 69 buah dokumen pelbagai projek bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Projek-projek itu termasuk projek jalan, pembinaan kolej dan penghawa dingin di beberapa universiti awam, bangunan hospital, rumah kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), serta pemasangan mekanikal kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Bentong, Pahang.

Adly dituduh melakukan perbuatan tersebut sekitar Jun 2019 hingga September 2020 di sebuah rumah banglo di Bandar Baru Bangi, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin, serta tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili tertuduh tidak membantah dengan jumlah yang ditawarkan itu.

Mahkamah menetapkan jumlah beserta syarat tambahan sama dan membenarkan wang ikat jamin tersebut dilangsaikan sehingga pukul 11 pagi esok, kerana prosiding membacakan pertuduhan hari ini mengambil masa yang lama, dan penjamin tertuduh tidak mempunyai cukup masa untuk melakukan transaksi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 3 November depan.

Pada 7 April, media melaporkan kegiatan tertuduh yang mengumpul kekayaan luar biasa dalam masa tujuh tahun terbongkar, selepas SPRM menahannya pada 4 April serta membuat rampasan dan sitaan pelbagai aset termasuk kenderaan mewah, wang tunai, kapal layar serta dua buah helikopter persendirian. – Bernama, 1 September, 2021.

 MUSTAHIL

TAK ADA

BOSS POLIKTIK

AMIN



Tiada ulasan: