Rabu, 1 September 2021

HIDUP INI BUKAN MELAWAN ALAM

 


HIDUP INI

BUKAN BUKAN

MELAWAN ALAM

AMIN

Haldeli commented on

 "HIDUP INI BUKAN

 TOMPOK HITAM"

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. 1. Loh Mahfus Allah=Tuhan itulah ibaratnya kertas putih yang terbentang. Maha Suci Allah. 2. Semua nakhluk yang dicipta itu adalah ibarat titik yang ditulis di atas kertas itu. 3. Apabila titik di atas kertas tadi bergerak digerakkan oleh kuasa dan izin penulisnya maka terjadilah apa yang dikendakki oleh penulisnya. 



Begitulah sebenarnya yang di "KUN FAYAKUN"kan Allah di dalam Loh Mahfus, semua yang dikehendak Allah tanpa satu pun tertinggal siap sempurna dicatat di dalam Loh Mahfus. 4. Apabila tulisan di atas kertas itu siap dan lengkap ditulis maka tibalah masa pembacaan dan perlaksanaan segala saranan yang ada tertulis. Maka segala kesan dan akibat, baik buruknya dari dari perlaksanaan saranan tersebut sebenarnya adalah hasil kehendak dan perbuatan penulisnya jua. 



Begitulah juga perlu diyakini bahawa segala yang berlaku sekarang adalah mengikut tulisan yang terakam di Loh Mahfus. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah. Kesan dan akibatnya yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Tujuan Allah adalah supaya manusia dan jin (mereka diberi Allah akal) ingat semula kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmat hidup adalah kurniaan Allah. 5. Peringatan Allah melalui nabi, rasul dan diakhiri, untuk disempurnakan, oleh kekasih Allah Nabi Muhammad Rasulullah dengan meninggalkan al-quran sebagai buku panduan hidup manusua dan jin.



 6. Namun manusia dan jin masih juga tidak mengindahkannya dan menuju kesesatan yang dibisikkan oleh syaitan. Maka kini Allah menurunkan bala dan bencans supaya manusia menyedari diri bahwa mereka telah mensyirikkan Allah dengan mengaku mereka ada kehendak, kuasa, ilmu, hidup, pendengaran, pengelihatan dan boleh berkata-kata dengan sendiri. 



7. Andainya manusia tetap juga sesat bergantung pada WHO, UN WORLD BANK, PEMIMPIN TIDAK BERKETUHANAN IAITU BERGANTUNG KEPADA MAKHLUK MAKA BERSEDIALAH KITA MENGALAMI KEMUSNAHAN SEBAGAIMANA ALLAH TIMPAKAN KE ATAS KAUM-KAUM YANG INGKAR SEBELUM INI. 8. Ya Allah ku mohon KASIH SAYANG MU MENGATASI KEMURKAAN MU. YA SIDI YA RASULULLAH AKU MOHON BIMBINGAN DIBERI KEPADAKU DAN SELURUH UMMAT MANUSIA. Semoga Allah limpahkan Taufik dan Hidayah kepada kita semua. Amiin ya Rabbal alamin

Tiada ulasan: