Rabu, 6 Oktober 2021

HAJJAH. ROSMAH JUJUR BERJURUS

 




Rosmah nafi ada sifat suka kuasai orang lain

ROSMAH Mansor hari ini menafikan beliau ada sifat suka menguasai orang lain dan kemampuan mempengaruhi keputusan dalam sektor awam seperti dikatakan pihak pendakwaan dalam perbicaraan rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau merujuk kepada ciri perwatakan yang disifatkan pendakwa utama Gopal Sri Ram dalam pernyataan pembukaannya berdasarkan rakaman audio “tidak disahkan” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang digelar sebagai, “Bolehkah saya nasihat awak”. 

Rosmah berkata pendakwaan cuma mahu beri gambaran dirinya ada sifat negatif dengan mendakwa beliau mengawal suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak.

Rosmah berkata beliau dan suami selalu saling menasihati dan mempunyai hubungan perkahwinan yang normal, sama seperti pasangan lain.

“Saya ingin nyatakan di sini yang saya dan suami, Najib, adalah manusia biasa, sama seperti pasangan lain di luar sana.

“Perbualan saya dengan suami saya adalah perbualan peribadi, di mana saya beri pendapat saya, dan suami saya dengar, dan sebaliknya. Suami saya akan beri pandangannya, dan saya jadi pendengar.

“Sama ada suami saya terima pandangan saya, atau adakah saya terima pandangan suami, itu persoalan kedua. Ini adalah kebiasaan rumah tangga dan kehidupan keluarga.

“Saya sama sekali tidak mahu suami saya ikut pandangan saya, saya cuma tekankan pandangan dan perasaan saya. Itu sahaja.

“Jika ini dikatakan sebagai sifat suka mengawal dan ‘kemampuan mempengaruhi keputusan di sektor awam’, sudah pasti perkahwinan saya tidak akan bertahan selama 34 tahun,” katanya kepada mahkamah hari ini.

Sebelum itu, pihak pendakwa berkata ingin menggunakan rakaman audio yang dikeluarkan oleh SPRM pada Januari 2020, sebagai bukti “sifat suka menguasai orang lain” Rosmah.

Setelah awalnya menafikannya, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bersetuju untuk menerima permohonan pihak pendakwa agar klip audio dan transkrip tersebut diterima sebagai bukti.

Ketika memberi keterangan dengan bersumpah, Rosmah kemudian berkata audio, bagaimanapun, tidak menyentuh atau menyebut mengenai projek solar hibrid.

“Tuduhan ini tidak benar, tidak disahkan, berniat jahat dan tidak dapat dipertimbangkan oleh mahkamah ini. Situasi seperti ini sama sekali tidak terjadi,” katanya.

Rosmah juga memberi keterangan yang beliau tidak campur tangan, memanfaatkan suaminya atau kedudukannya dalam urusan pentadbiran atau perolehan kerajaan.

“Faktanya, pihak pendakwaan tahu semua tuduhan terhadap saya tidak berasas, jadi mereka guna alasan jelek sebagai dalil utama.

“Saya nyatakan pihak pendakwaan telah buat yang terbaik untuk cuba kaitkan saya dengan tuduhan di sini dengan cara apa pun, walaupun dengan bukti yang tidak relevan, terutamanya dalam kes ini,” katanya.

Sepanjang membaca keterangan teks pembelaannya, Rosmah berkata bahawa kes ini adalah pendakwaan yang berniat jahat dan terpilih terhadapnya.

Rosmah, 69, menghadapi satu tuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah RM6.5 juta dari Saidi melalui Rizal sebagai penghargaan bagi membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan langsung dari Kementerian Pendidikan.

Rosmah dijangka disoal siasat semula oleh Sri Ram esok. – 6 Oktober, 2021.

ROSMAH MANSOR

WANITA JUJUR

MANGSA FITNAH 

AMIN

PENDAKWA HINDU

ADA AGENDA

TERSOROK

AMIN


PERBUALAN TALIPON

FITNAH

AMIN

RAKAMAN  

SUARA PELAKON

GUNA TEKNOLOJI

NEGARA KAPIR 

AMIN 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Rosmah pemilik garis telapak tangan simian line. Orangnya bengis boros penguasa dan seumpanya tu klau ikut ilmu tapak tangan. Klau ikut ilmu beg tangan ngan ilmu berlian boleh wat beli bandar dah satu. Yang sebetulnya orang yang kenal kak mah yang tau dia mcamana. Abg jib tentu lebih kenal kak mah. Jangan cakap kak mah lau tak puas ditendangnya abang jib