Rabu, 6 Oktober 2021

KES TOROWONG BESAR

 




Saksi kes terowong dasar laut maut terjatuh bangunan

GEORGE TOWN – Seorang saksi pendakwaan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di sebuah kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Tikus hari ini.

Mangsa berusia 53 tahun yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka itu sebelum ini pernah diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 bagi membantu siasatan kes berkenaan.

MalaysiaGazette difahamkan, polis menerima panggilan berhubung kematian lelaki bergelar Datuk itu pada pukul 5.20 pagi daripada isteri mangsa.

Difahamkan, individu itu  merupakan salah seorang saksi pendakwaan kes berprofil tinggi yang melibatkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dan pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Ahli keluarga mangsa menunggu di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Mangsa yang tinggal bersama isteri serta dua anaknya masing-masing lelaki dan perempuan itu dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebelum ditemui berhampiran kolam renang dalam keadaan kepalanya pecah.

Difahamkan, kali terakhir mangsa ditemui isterinya lewat malam tadi dan tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Buat masa ini, saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mati jatuh bangunan di sebuah kondominium di Jalan Kelawei dan lelaki itu disahkan mati ditempat kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. 


 APA CERITA NI

KAH KAH KAH

GUA TAK DA

KOMEN APA APA

KAH KAH KAH

KHALAS 

TAKZIAH

KEPADA

 KELUARGA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mudah nya mana mana orang yang ada hubungan ngan Ahli politik mati Liao lol, apa pun Takziah kepada keluarga mangsa, jangan kawan ngan mereka, pengkhianat ada hantu ada tikam belakang ada, semua sifat ada pada mereka kah kah kah, umur muda kesian kawan ngan sapa turr...