Rabu, 6 Oktober 2021

WAYANG PAK DALANG

 




Ketua menteri Melaka hanya boneka, dakwa Idris Haron

IDRIS Haron mendedahkan beliau bukannya bermusuh dengan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali sebaliknya menolak sebuah kerajaan yang hanya jadi boneka kepada orang lain.

Beliau menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, yang juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, sebagai dalang sebenar pentadbiran kerajaan negeri.

“Ketua Menteri (Datuk Seri Suleiman Md Ali) adalah boneka kepada pengerusi Perhubungan Umno Melaka,” katanya, dalam sidang media yang disiarkan langsung melalui Facebook, hari ini.

Idris, yang juga bekas exco dalam pentadbiran Sulaiman, berkata banyak keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri antaranya pelantikan jawatan serta keputusan perniagaan tidak dapat dilaksanakan kerana campur tangan Rauf.

“Saya tiada masalah dengan Sulaiman. Saya ada masalah dengan ketua menteri yang jadi patung, yang terpaksa merujuk keputusan kepada orang lain,” tambahnya.

Tindakan mereka, katanya, menjejaskan imej Umno dan kerajaan yang kononnya digambarkan sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam.

Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee kemudian mengesahkan pendedahan Idris dan tidak mahu menambah apa yang disebut oleh bekas ketua menteri itu.

Semalam, Idris dan Norhizam bersama dua lagi wakil rakyat iaitu Nor Azman Hassan (Pantai Kundor-BN) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-PN) menarik balik sokongan mereka kepada Sulaiman.

Idris, Norhizam dan Noor Effandi juga menyerahkan surat peletakan jawatan exco kerajaan negeri ke pejabat ketua menteri.

Sementara itu, Idris berkata beliau tidak maklum secara rasmi pengguguran keahliannya daripada Umno, seperti yang diumum oleh Rauf dalam sidang media semalam.

Katanya, Rauf hanya pengerusi Umno Melaka dan tidak berhak memutuskan demikian.

“Siapa Rauf? Dia presiden parti?” kata Idris.

“Mungkin sekarang pengerusi perhubungan Umno diberi kuasa untuk gugurkan ahli,” tambahnya, menyindir.

Idris turut mengingatkan pemberita beliau tahu proses dalam Umno kerana sebelum ini pernah memgetuai Umno Melaka, sama seperti Rauf sekarang, selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno.

Semalam Rauf mengumumkan Idris dan Nor Azman gugur keahlian Umno selepas menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Rauf hari ini mengumumkan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam berkenan untuk membubarkan DUN Melaka atas nasihat Sulaiman, yang pembubarannya diwartakan hari ini. – 5 Oktober, 2021.



 REBUT PASIR

REBUT KONTREK

KAH KAH KAH

UMNO KEMBALI

PERANGAI LAMA

KAH KAH KAH

INI BAIK SEKALI

UNTUK AGENDA

HASUT RAKYAT

AMIN

GADUHKAN LAGI

SOKONG YANG

LEMAH

KAH KAH KAH

BIAR GADUH

JADI PANJANG

KHALAS

Tiada ulasan: