Ahad, 7 November 2021

BERITA MULA MEREBAK

 



Pengundi Cina mungkin tidak sokong Pakatan, kata ahli politik, penganalisis

PAKATAN Harapan, khususnya DAP, mungkin kehilangan sedikit sokongan pengundi Cina di Melaka jika pakatan itu mengambil pembelot daripada Umno, kata ahli politik dan penganalisis.

Mereka berkata pengundi Cina, walaupun sebenarnya menjadi penyokong terkuat PH, tidak akan gembira dengan sebarang keputusan untuk menerima mana-mana daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri.

Mereka juga percaya pengharaman cara berkempen secara tradisi susulan Covid-19 akan menyukarkan parti politik untuk mendekati pengundi. Ini menyebabkan parti politik tidak mempunyai sebarang kelebihan.

Penolong profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Lau Zhe Wei berkata, jika tidak ada kejutan, pengundi Cina akan mengundi yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdasarkan pilihan politik mereka pada Pilihan Raya Umum 2018.

Lau bagaimanapun tidak menolak kekecewaan pengundi Cina terhadap PH kerana beberapa isu politik.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight pengundi Cina kini kecewa dan bosan dengan kemelut politik.

Beliau memberi contoh beberapa kekecewaan termasuk bagaimana Ahli Parlimen PH tidak bangkit dan menolak Bajet 2022.

“Bagaimanapun Pakatan Harapan tidak melakukan apa-apa yang amat menjelikkan masyarakat Cina.

“Walaupun terdapat kekurangan dalam pemerintahan selama 22 bulan, ia tidak akan memberi kesan serius kepada penyokong Pakatan Harapan untuk beralih kepada Barisan Nasional atau Perikatan Nasional,” katanya.

Namun katanya, sekiranya PH menerima empat Adun Melaka yang menyebabkan kerajaan negeri tumbang, sudah pasti pengundi Cina akan kecewa dan tidak akan mengundi.

Lau berpendapat ia juga akan merugikan PH jika pengundi luar Melaka enggan kembali mengundi.

“Tetapi jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ia akan memberi manfaat kepada Pakatan Harapan.”

Lau berkata, MCA, sebuah parti Barisan Nasional, tidak benar-benar membina imej positif.

“Mungkin MCA sekarang tidak segarang ketika mereka berkuasa dulu.

“Nasib baik BN mempunyai imej positif daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang boleh meyakinkan pengundi. Hanya Perikatan Nasional saja yang sukar mendapat sokongan lebih,” katanya. – 7 November, 2021.

HAJI DESAS DESUS

MULA DI DENGAR

DALAM PKR

AMIN

LANGKAH ANWAR

AMBIL PEMBELOT

ADA AGENDA GELAP

AMIN

DISURAHKAN 

DI MELAKA 

PERMULAAN

PEMIMPIN ISLAMA

MAHU BUAT DEAL

DENGAN NAJIB

AMIN

BUKTI:

KES PASPOT NAJIB

TAK ADA KOMEN

DARI PKR

KHALAS

Tiada ulasan: