Rabu, 29 Disember 2021

BEFRITA BAIK UNTUK PAKATAN

 




Umno guna isu banjir untuk burukkan Bersatu, kata pemerhati

UMNO menggunakan isu banjir sebagai naratifnya untuk meletakkan Bersatu pada pandangan buruk menjelang pilihan raya tahun depan, kata pemerhati politik.

Walaupun kedua-duanya adalah parti kerajaan, Umno menjauhkan diri daripada cara menteri Bersatu menangani banjir terburuk negara yang kini mengorbankan 48 nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran kepada harta benda.

Naratif itu kebanyakannya didorong oleh tentera siber yang secara terang-terangan menyalahkan menteri Bersatu berhubung kegagalan menangani banjir dengan berkesan.

Sementara itu, pemimpin Umno seperti timbalan presiden Mohamad Hasan dan naib presiden Khaled Nordin, turut mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang berasal dari Umno namun dikatakan lebih berminat daripada rakan partinya untuk meneruskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Khaled berkata Ismail Sabri perlu tetapkan semula Kabinetnya, selepas kekecohan orang ramai terhadap kelewatan operasi menyelamat dan bantuan oleh agensi kerajaan, manakala Mohamed menyifatkan penolakan Dewan Rakyat untuk membahaskan isu banjir sebagai tidak berparlimen.

Penganalisis politik berkata kritikan ini, sama ada oleh pemimpin Umno atau tentera siber, adalah langkah strategik bertujuan untuk menggambarkan menteri Bersatu yang tidak cekap. Bagaimanapun, penganalisis juga merasakan bahawa menteri-menteri berkenaan kurang cekap ketika menangani isu dan akibatnya memakan diri mereka sendiri.

Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata menteri Bersatu kurang pengalaman dan sensitiviti apabila berhadapan dengan krisis.

Menteri-menteri berkenaan tidak menunjukkan mereka mampu memikirkan cara untuk membantu mangsa banjir, selain dengan merakam gambar untuk media sosial mereka dalam usaha menunjukkan bahawa mereka telah turun padang.

“Mereka kurang pengalaman dalam menangani situasi sedemikian, mereka hanya boleh berfikir untuk membuat lawatan sedangkan banyak lagi yang boleh dilakukan. Sebagai contoh, Rina Harun boleh mengeluarkan banyak idea khusus untuk membantu wanita yang terjejas banjir,” kata Marthada merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Wanita dan kanak-kanak di bawah kementeriannya, kenapa beliau perlu bersusah payah membersihkan najis burung dan cicak dalam longkang. Sepatutnya beliau merancang dan bercakap mengenai bantuan mangsa banjir yang bergelar ibu tunggal dan wanita menganggur. Banyak sangat. lebih banyak lagi yang beliau boleh lakukan.”

Marthada merujuk kepada kritikan media sosial terhadap Rina selepas posting menunjukkan beliau menggunakan semburan jet tekanan tinggi untuk membersihkan longkang kecil yang tidak dinaiki air menjadi tular. Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kementeriannya bersusah payah mempertahankan menteri itu dan menjelaskan bahawa beliau sebenarnya membersihkan najis unggas dan cicak, yang hanya menimbulkan cemuhan.

Sebelum episod penyembur jet, Rina juga pernah memakai kasut tumit tinggi ke pusat pemindahan banjir yang kemudiannya menjelaskan beliau hanya sempat menukar pakaian tetapi tidak memakai kasut tepat pada masanya selepas menghadiri acara lain.

Dalam media sosial, Rina dan menteri Bersatu lain antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad, dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin digambarkan sebagai gagal dan dipersalahkan kerana “sabotaj” perdana menteri dan Umno dalam menguruskan bencana banjir. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz turut tersenarai, walaupun beliau tidak dipilih dan tidak menyertai mana-mana parti politik.

Dalam kes Latiff, orang ramai marah selepas beliau berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang diselianya hanya mempunyai peranan menyelaras dan hanya 50 kakitangan sebagai agensi persekutuan, tanpa seorang pun kakitangan di peringkat negeri. Beliau berkata pengurusan bencana adalah tugas kerajaan negeri.

Marthada berkata Umno dan pasukan sibernya mengambil kesempatan dengan menggunakan kemarahan orang ramai terhadap menteri-menteri ini.

Walaupun menteri Bersatu mungkin cuba untuk menunjukkan bahawa mereka membantu, mungkin cara yang digunakan mereka salah dan tanpa sensitiviti.

“Ia akhirnya kelihatan seperti mereka mahukan perhatian dan mereka mendapatnya tetapi atas sebab yang salah.

“Umno, sebagai musuh politik mereka, menunggu mereka melakukan kesilapan walaupun berada dalam kerajaan yang sama. Ia untuk menunjukkan Bersatu tidak berkemampuan,” katanya.

Seorang lagi menteri Bersatu yang mengundang kemarahan ialah Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu yang dikecam kerana mengadakan majlis pelancaran skuad bantuan sukarelawan pasca banjir kementeriannya, bukannya terus menjalankan kerja.

Beliau juga terkenal sebagai salah seorang menteri yang ke luar negara ketika banjir melanda untuk melawat keluarga di Dubai, tetapi memberitahu Utusan TV bahawa beliau pulang ke rumah hanya selepas 12 jam di Emiriah Arab Bersatu sebaik sahaja mengetahui tentang bencana banjir.

Dengan mengambil kira sentimen orang ramai terhadap menteri Bersatu, Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata Umno sedang menghantar isyarat bahawa ia tidak terlibat dalam kesilapan kerajaan dalam menangani banjir.

“Umno mahu wujudkan persepsi bahawa semua kelemahan datang dari menteri Bersatu dan bukannya dari Ummo. Menteri Bersatu menjadi sasaran mudah mereka sekarang.

“Dalam pada itu, Bersatu juga memberi Umno begitu banyak peluang untuk menyerang,” tambah Azmi.

Satu lagi isu yang dikaitkan secara tidak langsung dengan Bersatu ialah desakan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki supaya Ismail Sabri membenarkan mangsa banjir mengeluarkan lebih banyak dana daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka dan berkata perdana menteri tidak sepatutnya mendengar nasihat bertentangan daripada menteri kewangan Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul digambarkan sebagai pro-Bersatu, walaupun tidak berada dalam mana-mana parti politik, kerana beliau dipilih oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk jawatan itu ketika beliau menjadi perdana menteri.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar bersetuju bahawa Umno cuba untuk terus menghakis imej Bersatu dan melemahkan pesaingnya.

Namun adalah tidak wajar untuk Umno menyerang Bersatu kerana kedua-dua parti dalam kerajaan yang sama, dan ia sama dengan mempolitikkan nasib mangsa banjir untuk keuntungan Umno.

“Sebagai parti yang berada dalam kerajaan yang sama, Umno juga harus menyalahkan diri sendiri kerana mereka juga sebahagian daripada kerajaan,” katanya.

Walaupun mereka membentuk kerajaan bersama-sama melalui Langkah Sheraton tahun lalu, Umno dan Bersatu bertelagah. – 29 Disember, 2021.


 GEROMBOLAN

GADUH DENGAN

BERSATU

AMIN

INI BERITA BAIK 

UNTUK RAKYAT

AMIN

RAKYAT

WAJIB AJAK

BERSATU 

MENDIRIKAN

SATU BARISAN 

 BARU

AMIN

BARISAN

HALANG PENCURI

KEMBALI

BERKUASA

KHALAS

Tiada ulasan: