Rabu, 29 Disember 2021

RISIKO OMICRON TINGGI

 



AWAS

Risiko Omicron masih 'sangat tinggi', kata WHO

RISIKO yang ditimbulkan oleh varian Omicron masih “sangat tinggi”, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)hari ini, selepas jumlah kes Covid-19 meningkat sebanyak 11% di seluruh dunia minggu lalu.

Omicron menjadi punca lonjakan virus pesat di beberapa negara, termasuk negara yang berjaya mengekang varian Delta, kata WHO dalam kemas kini epidemiologi mingguan Covid-19.

“Risiko keseluruhan yang berkaitan dengan varian baharu Omicron masih sangat tinggi,” kata agensi kesihatan PBB itu.

“Bukti konsisten menunjukkan varian Omicron mempunyai kelebihan berkemang berbanding varian Delta dengan masa pantas dua hingga tiga hari dan peningkatan pesat dalam kejadian kes dilihat di beberapa negara,” termasuk Britain dan Amerika Syarikat, di mana ia menjadi varian yang dominan.

“Kadar pertumbuhan pesat mungkin merupakan gabungan pengelakan imun dan peningkatan kebolehjangkitan intrinsik bagi varian Omicron.”

Bagaimanapun, WHO menekankan penurunan sebanyak 29% kes yang dipantau di Afrika Selatan - negara yang pertama kali melaporkan varian itu kepada WHO pada 24 November.

Ia berkata data awal dari Britain, Afrika Selatan dan Denmark - yang kini mempunyai kadar jangkitan tertinggi di dunia bagi setiap orang - mencadangkan terdapat pengurangan risiko kemasukan ke hospital bagi Omicron berbanding Delta.

Bagaimanapun, data lanjut diperlukan untuk memahami keterukan Omicron dari segi penanda klinikal, termasuk penggunaan oksigen, ventilator mekanikal dan kematian.

Lebih banyak data juga diperlukan mengenai bagaimana keterukan mungkin dipengaruhi oleh jangkitan Covid-19 atau vaksinasi sebelumnya.

“Bagaimanapun, data awal mencadangkan antibodi monoklonal mungkin kurang dapat meneutralkan varian Omicron.” – AFP, 29 Disember, 2021.



HATI

HATI

IKUT

C.U.P

CARA

UNTUK

HIDUP

AMIN

Tiada ulasan: