Selasa, 22 Februari 2022

AWAL AWAL DAH JADI KATAK

 



Peguam keluar Gerak Independent beberapa hari selepas diumum sebagai calon

PEGUAM Charles Chow telah keluar dari Gerak Independent (GI) dan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai calon kerusi Parlimen Subang.

Empat hari selepas menawarkan diri sebagai calon, peguam itu berkata beliau tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut.

“Saya tidak akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Subang, Selangor.

“Matlamat kita sama kerana mahu perbetulkan keadaan negara, termasuk mempertingkatkan integriti Parlimen, tetapi cara kita berbeza untuk capai matlamat itu.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan saya di GI,” katanya dalam satu kenyataan ringkas petang ini.

Khamis lalu, Gerak Independent, inisiatif bersama mempromosikan calon bebas untuk PRU, mengumumkan ia akan bertanding di enam kerusi Parlimen yang kini disandang Pakatan Harapan pada PRU15.

Selain Subang, kerusi lain ialah Batu, Petaling Jaya, Wangsa Maju dan Kota Kinabalu, dan satu lagi kerusi yang belum dimuktamadkan.

Calon-calon yang bertanding di kerusi tersebut ialah aktivis peguam terkemuka Siti Kassim (Batu), aktivis KJ John (Petaling Jaya), penduduk Wangsa Maju Raveentheran Suntheralingam (Wangsa Maju) dan peguam Sabah Roland Cheng (Kota Kinabalu).

GI, sebelum ini menyifatkan dirinya sebagai kuasa ketiga, berkata ia terbuka untuk membentuk pakatan strategik dengan parti atau individu lain bagi memajukan usahanya, yang akhirnya bertujuan menjadikan negara lebih adil kepada semua.

Siti berkata tiada sebarang perubahan dapat dilaksanakan jika hanya sekadar menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia ada kumpulan masyarakat sivil yang bagus yang sentiasa memperjuangkan isu-isu penting, namun ia tidak membawa banyak perubahan.

“Mengapa mereka (NGO) perjuang isu-isu ini tetapi tidak ada perubahan? atau sedikit perubahan? Walaupun mereka buat banyak pembentangan kepada kerajaan, bertemu dengan menteri, terlibat dalam perbincangan meja bulat, dan semua itu. Kenapa?” tanya Siti sebagai respons kepada komen yang Gerak Independent sepatutnya menjadi NGO sahaja, bukannya terjun ke politik.
 
“Sebabnya cuma Parlimen sahaja yang boleh ubah dasar dan undang-undang yang sebenarnya sedang dilaksanakan di Malaysia.

“Jadi inilah sebabnya saya selalu cakap, jika anda mahukan perubahan di Malaysia, anda perlu ada orang yang baik di Parlimen barulah anda dapat dasar yang bagus,” katanya. – 21 Februari, 2022.


HATI BAIK

NIAT BAIK

AMIN

TAPI KENAPA

AWAL AWAL

DAH JADI 

IBRAHIM ALI...

OPS .. SILAP

JADI  KATAK

KAH KAH KAH

TERLALU BANYAK

BERBINCANG

TAK BERANI

KE JALAN RAYA

KAH KAH KAH

AKHIRNYA 

CEPAT JADI KATAK

BELUM SEMPAT

JADI BERUDU

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: