Selasa, 22 Februari 2022

MUHYIDIN TAK NAK REKRUT ALLAH

 



Muhyiddin tolak cabaran sumpah laknat Zahid

BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin menolak cabaran Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan sumpah laknat bagi menyokong dakwaannya bahawa presiden Umno itu telah meminta bantuan dalam kes jenayahnya.

Muhyiddin, dalam menolak cabaran itu, berkata beliau tidak perlu berbuat demikian kerana beliau bercakap benar.

“Itu hak dia, dia nak sumpah ke tak sumpah. Saya bercakap benar, nak cakap dengan rakyat jangan bohong.

“Kalau dia nak sumpah, berapa kali sumpah…sumpah lah itu terserah pada dia.

“Saya tidak akan bersumpah pasal saya tak pernah berbohong, apa yang saya sebut itu adalah sesuatu yang hak, walaupun yang betul itu kadangkala pahit didengar.” 

Muhyiddin turut menafikan beliau membangkitkan perkara itu sekarang kerana pilihan raya negeri Johor semakin hampir.

“Saya sebut adalah hak, sesuatu yang benar, bukan sesuatu yang direka, bukan disengaja kerana politik pilihan raya….tidak.

“Apa situasi sekarang pun kita akan nyatakan perkara yang betul dan harap rakyat faham apa yang saya jelaskan,” katanya.

Awal bulan ini, presiden Bersatu dalam satu ceramah di Tangkak, Johor mendakwa Zahid telah bertemu dengannya sebaik sahaja beliau menjadi perdana menteri untuk meminta pertolongan berhubung kes jenayah yang dihadapinya.

Muhyiddin berkata beliau enggan membantu, yang telah mendorong Zahid berusaha untuk menggulingkan perdana menteri.

Beliau turut menamakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan ahli majlis tertinggi Bersatu Azmin Ali sebagai saksi kejadian itu.

Zahid berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan rasuah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, sebuah pertubuhan kebajikan yang diasaskannya.

Zahid bagaimanapun menafikan pertemuan seperti itu berlaku dan berkata beliau bersedia untuk mengangkat sumpah untuk menyokong penafiannya. – 22 Februari, 2022.


BRO

 JANGAN RISAU

KAH KAH KAH

TAKDA PETIR

MENYAMBAR

KETIKA 

BERSUMPAH

KAH KAH KAH

SUMPAH SUMPIT

TANGAN BASAH

BANYAK DUIT

MAKAN RASUAH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: