Khamis, 24 Februari 2022

BERAK KERING DALM DEWAN

 




Suami Zeti nafi terima rasuah untuk pastikan BNM lulus pindahan AS$1 bilion 

SUAMI kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz, Tawfik Ayman menafikan keterangan mahkamah yang mendakwa beliau menerima rasuah untuk memastikan AS$1 bilion disalurkan dengan cepat dari Malaysia kepada usaha sama 1MDB-PetroSaudi pada 2009.

Sambil melahirkan rasa terkejut dengan keterangan bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner, Tawfiq berkata beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang berhubung langkah seterusnya yang perlu diambil. 

Media melaporkan kenyataan Tawfik hari ini berikutan keterangan Leissner di mahkamah New York semalam dalam perbicaraan rasuah ke atas pegawai bawahannya, ketua pelaburan Goldman Sachs di Malaysia Roger Ng, yang sedang dibicarakan kerana rasuah.

Tawfik berkata dakwaan Leissner adalah tidak benar dan menafikan mengenali ketua pelaburan Goldman di Asia ketika itu, serta Ng.


“Saya juga tidak pernah berjumpa, dan tidak pernah berkomunikasi dengan salah seorang daripada mereka.

“Saya ingin menyatakan bahawa sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada sesiapa.

“Memandangkan prosiding yang sedang berjalan di New York, saya telah dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang ulasan lanjut kerana ia mungkin melibatkan sub judis.

“Kami akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai tindakan seterusnya akan diambil ke atas kenyataan yang dibuat terhadap saya,” kata Tawfiq seperti yang dipetik dalam satu kenyataan daripada firma guaman Tetuan Jagjit Ariff & Co.

AS$1 bilion itu adalah pelaburan 1MDB untuk usaha sama itu.

Leissner ketika memberi keterangan berkata berbilion dolar telah “dipindahkan semalaman” dan “ia boleh dilakukan kerana suami gabenor Zeti (Akhtar Aziz) di Bank Negara ketika itu telah menerima rasuah untuk membolehkannya.”

Beliau juga berkata Malaysia pada 2009 mempunyai kawalan modal yang ketat dan untuk pemindahan dana pelaburan sebesar itu ia perlu diluluskan oleh bank pusat.

Leissner bagaimanapun tidak menyebut nama Tawfik. Katanya beliau juga tidak boleh “secara bebas mengesahkan” jika rasuah memang telah dibayar apabila ditanya oleh pendakwa raya.

Bank Negara dalam satu kenyataan awal hari ini berkata semua penyerahan yang dibuat oleh 1MDB termasuk transaksi berkenaan, tertakluk kepada kriteria kelulusan dan proses tadbir urus dalaman yang sama, seperti pengendalian semua pelaburan lain di luar negara.

Ng, 49, dibicarakan kerana bersubahat dengan Leissner dan dalang 1MDB Low Taek Jho untuk mengubah wang yang digelapkan daripada 1MDB, dan melanggar undang-undang anti-rasuah AS. Beliau adalah satu-satunya bekas pegawai bank Goldman yang dibicarakan dalam skandal itu. – 24 Februari, 2022.

TAKDA SAPA

NAK MENGAKU 

BERAK KERING

MULA BUSUK

DALAM DEWAN

KAH KAH KAH

NAJIB DAPAT

HADIAH DARI

RAJA SAUDI

AMIN

SHAHRIL SAMAD

DAPAT DUIT

UNTUK  PARTI

KAH KAH KAH

MAT MASLAN

DAPAT SEDEKAH

DARI NAJIB 

KAH KAH KAH

SEMUA TAK

MENGAKU

SEMUA PUKEE

RAHAH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: