Khamis, 24 Februari 2022

NAJIB WAJIB PAPARKAN SENARAI

 



Najib dakwa ada banyak contoh senarai kroni Mahathir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak ini mendedahkan anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad membeli syarikat-syarikat besar negara selepas dua tahun ia dimiliki oleh taikun tempatan.

Bekas perdana menteri itu mendakwa adik seorang taikun telah membeli syarikat tersenarai Diperdana Corp. Bhd pada tahun 1994 yang pada masa itu merupakan syarikat pengangkutan ketiga terbesar negara.

Dedah Najib, nama taikun berkenaan sedang hangat selepas kes dadah melibatkan anaknya  dikurangkan tuduhannya oleh Tan Sri Tommy Thomas semasa beliau menjadi Peguam Negara semasa di bawah kerajaan Mahathir.

Tetapi tak sampai dua tahun kemudian adik taikun pula jual syarikat tersebut kepada anak sulung Mahathir yang berumur 37 tahun masa itu.

Pada tahun 1997 pula, taikun menjual syarikat rangkaian hospital terbesar negara Hospital Pantai kepada anak kedua Mahathir yang berusia 35 tahun masa itu – dua tahun selepas taikun tersebut membelinya.

”Rasanya cara melabur taikun ini ialah dengan membeli syarikat-syarikat tersenarai untuk dijualkan semula kepada anak-anak muda Mahathir tak sampai dua tahun selepas membelinya kot.

”Kebetulan juga taikun tersebut banyak mendapat pebagai projek-projek kerajaan pada masa Tun jadi PM4 pula.

”Tak ada kroni, ya? Cuma ada kebetulan sahaja kot. Saya beri dua contoh kebetulan,” katanya yang menjawab kenyataan Mahathir bahawa beliau tiada kroni.

Secara sinis, Najib mendakwa beliau ada banyak contoh senarai kroni Mahathir.

”’Banyak tu.. nak saya senaraikan? Okay, saya beri satu contoh saja. Kalau nak saya senaraikan yang lain, Tun M sila tanya saya,” kata Najib.

Dedah Najib lagi, sebulan sebelum Mahathir berhenti sebagai perdana menteri, beliau telah memberi lesen monopoli syarikat judi bola/sukan selama 20 tahun tanpa tender dan tanpa kelulusan Kabinet kepada taikun tersebut dengan caj lesen cuma RM25 juta.

Padahal nilai lesen tersebut adalah berpuluh bilion ringgit memandangkan tempoh yang panjang itu.

Bagaimanapun, kata Najib, lesen itu dibekukan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan olehnya semasa mereka menjadi perdana menteri.

”Lalu Tun M tegur saya masa itu,” kata Najib.

Mahathir dalam kenyataan hari ini menegaskan, beliau tidak memiliki kroni seperti yang sering dituduh segelintir pihak, sebaliknya, apa yang menjadi amalannya ialah memberi bantuan kepada mereka yang memiliki kebolehan.

Bahkan, tegas bekas perdana menteri itu, sepanjang mentadbir negara juga, sudah ramai usahawan yang dibantu beliau dan ada dalam kalangan golongan itu yang gagal menggunakan peluang yang ditawarkan.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Langkawi itu menafikan beliau memberi tekanan kepada Najib kerana enggan menjaga ‘kroninya’.

Ini kerana, tegas Dr Mahathir, sekiranya mempunyai ‘kroni’ sendiri, beliau tidak memerlukan campur tangan Najib.


TERBAIK SEKALI

SUASAN POLITIK 

SEKARANG

AMIN

MADEY TIBAI NAJIB

NAJIB BALAS BALIK

AMIN

MASA DAH TIBA

NAJIB WAJIB

SENARAI DAN

BOCORKAN SEMUA

NAMA KRONI

MADEY

AMIN

BIAR MELAYU TAU

SAPA SEBENAR

DI BELAKANG 

PARTI UNITED

MALAYA NATIONAL

ORGANISATION

AMIN

LEPAS ITU MADEY

PULA SENARAIKAN

NAMA KRONI NAJIB

AMIN

INILAH KEJAYAAN

BESAR PRU14

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: