Selasa, 15 Mac 2022

NAJIB ADA BUKTI PENCURI LAIN

 




Tengku Maimun ketuai panel hakim kes rayuan Najib

KETUA Hakim Negara Tengku Maimum Tuan Mat akan menjadi antara panel hakim lain yang akan mendengar permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu bagi mengetepikan sabitannya dalam kes SRC International.

Rayuan Najib terhadap sabitan kesalahan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International kini di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Bersama Tengku Maimum, hakim lain yang mendengar rayuan Najib ialah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Kanan Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh.

Mahkamah Rayuan tahun lepas mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 dalam mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta yang masuk ke akaun peribadinya.

Mahkamah Rayuan juga mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dijatuhkan kepada Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu, yang diikat jamin, mahu mengemukakan bukti baharu daripada Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan pegawai penyiasat SRC International Rosli Hussein atau pihak lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sebelum ini, pada Disember 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu, dengan mengatakan ia “tidak perlu”.

Bagaimanapun, dalam permohonan terbaharunya, Najib berkata semua isu yang dibangkitkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan belum dapat diputuskan sepenuhnya dan ia adalah demi kepentingan keadilan beliau memperoleh perbicaraan yang adil dengan mengemukakan semua bukti.

Beliau berkata SPRM pada 19 November 2019, mengesahkan RM65 juta dana berkaitan 1MDB diperoleh daripada Cutting Edge Industries, sebuah syarikat di Singapura yang dikawal oleh Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz, dan rakan perniagaannya, Samuel Goh.

Dilaporkan awal tahun ini sebuah lagi syarikat berpangkalan di Singapura, Iron Rhapsody, milik Tawfiq dan anaknya, menerima RM66 juta daripada syarikat dan akaun bank yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low.

Polis Singapura juga dilaporkan sudah memaklumkan kepada BNM pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi mencurigakan melibatkan syarikat milik Tawfiq, dengan dana yang datang daripada akaun dikaitkan dengan Low. Zeti ialah gabenor BNM ketika itu. – 15 Mac 2022.


WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

NAJIB ADA

BUKTI BARU

KAH KAH KAH

BETUL INI

BUKTI BARU 

TERIMA KASIH

AMIN

ADA PENCURI 

LAIN SAMA

MENCURI 

DUIT 1MDB

TIDAK BERMAKNA

NAJIB TIDAK

MENCURI

KAH KAH KAH

TANGKAP SAJE

PENCURI BARU INI

AMIN

DAKWA PENCURI

BARU DG CEPAT

DAN 

DAN MASUKAN

SEGERA NAJIB

KE DALAM JIL

KHALAS

AMIN


Tiada ulasan: