Selasa, 15 Mac 2022

UNDI ROSAK ATAU UNDI DI ROSAKKAN

 


Lebih 25,000 undi rosak dalam PRN Johor, kata badan pemikir

SEBANYAK 25,953 undi rosak direkodkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung dengan ada kertas undi sengaja diconteng sebagai tanda protes, menurut kajian badan pemikir pilihan raya.

Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati sekurang-kurangnya tiga corak undi rosak semasa PRN minggu lepas termasuk pengundi tidak tahu cara mengundi selain isu teknikal.

IDE juga menemui lebih 1,000 undi rosak di empat kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP.

“Undi rosak sebanyak lebih 25,000 undi boleh disebabkan oleh pelbagai isu dan sebab. Mungkin wujud tiga keadaan yang boleh ditafsirkan.

“Ini adalah refleksi kepada undi protes oleh rakyat Johor. Kemungkinan wujud keadaan rakyat yang tidak tahu untuk mengundi.

“Mungkin juga wujud isu-isu teknikal yang menyebabkan undi tersebut menjadi undi ragu dan seterusnya ditolak dan dianggap undi rosak, seperti soal dakwat dan lain-lain,” kata IDE.

Badan pemikir itu berkata sekurang-kurangnya tiga kerusi mempunyai kurang daripada 300 undi rosak manakala di lebih 1,000 undi rosak ditemui di empat kerusi.

Tiga kerusi yang dikesan kurang 300 undi rosak ialah di Endau (BN), Bukit Naning (BN) dan Bentayan (DAP) manakala empat kerusi di Johor Jaya (DAP), Tiram (BN), Kota Iskandar (BN) serta Permas (BN).

IDE juga mendedahkan di mana undi rosak melebihi majoriti undi yang dimenangi calon.

“Sebagai contohnya di DUN N08 Bukit Pasir, Mohamad Fazli dari BN telah menang dengan 6,048 undi mengalahkan Perikatan Nasional (PN), PH (Amanah), Pejuang dan Bebas dengan majoriti 198 undi. Di DUN ini, terdapat 381 undi rosak yang melebihi daripada keputusan majoriti undi yang diterima.

“Hal yang sama berlaku di DUN Bukit Batu yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 137. Undi rosak di DUN itu adalah seramai 624 undi dikira sebagai undi rosak,” kata IDE.

45% pengundi memilih untuk tidak mengundi.

Sementara itu, dalam pengundian minggu lepas, 45 peratus pengundi yang layak di Johor tidak hadir untuk membuang undi.

IDE berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama pihak berkepentingan perlu tampil dengan langkah proaktif bagi mengkaji punca di sebalik peratusan keluar mengundi yang rendah ini.

“PRN Johor hanya mencatatkan peratusan turun mengundi 54.92 peratus. Peratusan keluar mengundi yang tinggi amat penting dalam mengukur pengukuhan demokrasi, manakala peratusan keluar mengundi yang rendah sering dikaitkan sikap pengundi dan rasa ketidakpercayaan terhadap proses politik yang berlangsung.

“Suatu langkah pro aktif perlu dilaksanakan oleh SPR dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan, bagi mengkaji secara makro dan mikro sebab atau halangan 45% rakyat Johor untuk turun mengundi. 

“Adakah mereka tidak keluar mengundi kerana protes; bosan dengan politik dan pilihan raya; tidak sedar wujudnya pilihan raya; beranggapan akan mengundi sekali lagi jika Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan; takut dengan Covid-19; atau kurang berkemampuan untuk balik mengundi kerana tinggal di luar DUN.

“Muafakat bersama harus dicari antara SPR, parti politik, NGO dan pelbagai agensi untuk bekerjasama meningkatkan kesedaran demokrasi di Malaysia bagi membina satu momentum dan memahami aspirasi tanggungjawab turun mengundi,” kata IDE.

BN memenangi 40 daripada 56 kerusi di Johor, PH dengan hanya DAP dan Amanah menang 11, manakala PKR yang menggunakan logo sendiri memenangi satu.

PN pimpinan Muhyiddin Yassin memenangi tiga kerusi, dengan bekas perdana menteri menggelar gabungannya itu sebagai “underdog”. Muda, sekutu PH, menang satu kerusi.

Parti-parti baharu lain termasuk Pejuang dan Parti Bangsa Malaysia serta Warisan tidak memenangi sebarang kerusi. Semua calon mereka hilang wang deposit.

Terdapat 2.59 juta pemilih berdaftar, termasuk pemilih berusia 18 tahun dan pemilih baharu di bawah sistem pendaftaran pemilih automatik pada pilihan raya negeri. – 15 Mac, 2022.

 ROSAK KE

TAK ROSAK KE

APA ADA PASAL

KAH KAH KAH

INI SISTEM

PILIHANRAYA

AMIN

TAK PUAS HATI

DENGAN 

PILIHAN RAYA

MARI TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS

AMIN

Tiada ulasan: