Selasa, 15 Mac 2022

INGAT CARA BACA MEDIA - NAFI ERTINYA ADA

 




Saifuddin Nasution nafi ada rundingan PH, PN di PRN Johor

JOHOR BAHRU – PKR menafikan terdapat rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk bekerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali mengenai rundingan tersebut adalah tidak benar.


“Saya mengikuti kenyataan YB Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang mendakwa wujud rundingan kerusi di antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRN Johor.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Faktanya adalah Pakatan Harapan termasuk MUDA bertanding di kesemua 56 kerusi di Johor dan bertembung dengan Perikatan Nasional di kesemua kerusi tersebut,” jelas beliau ringkas melalui media sosial.

Media pada 13 Mac lalu melaporkan, Khairuddin mendedahkan terdapat cadangan sebelum ini agar PN mengadakan rundingan kerusi dengan PH bagi menentang BN dalam PRN Johor.

Menurutnya, Pas menolak cadangan tersebut atas dasar prinsip, sambil menambah, jika kerjasama antara PN dan PH berhasil, beberapa kerusi akan dapat dirampas daripada BN.

“Politik serba mungkin. Jika PN membuat persefahaman rundingan kerusi dengan PH beberapa kerusi PN boleh menang melawan BN.

“Saya difahamkan sudah ada cadangan seperti ini sebelum PRN Johor tetapi ditolak oleh Pas kerana prinsip.

“Jika benar, harapnya jangan ada yang cuba melontarkannya untuk kali kedua demi mencapai kemenangan kerusi.

“Dalam politik yang tidak berprinsip, musuh boleh bertukar kawan dan kawan boleh menjadi lawan demi mencapai matlamat,” katanya di Facebook.

Khairuddin berharap agar cadangan sedemikian tidak ditimbulkan lagi buat kali kedua hanya semata-mata demi meraih kemenangan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu hari ini mengumumkan keluar daripada Pas sekaligus menjadi wakil rakyat bebas.

Surat berhenti daripada menjadi anggota Pas telah telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung parti itu.


WOIT

JANGAN TORAK

 JANGAN PUTAR

KAH KAH KAH

CAKAP BAIK BAIK

CAKAP JUJUR

AMIN

RUNDINGAN ITU

AMAT BAIK WALAU

PUN TAK TUNTAS

AMIN

INI PERMULAAN

UNTUK PRU15

AMIN

JANGAN MALU

JANGAN SEGAN

TAK SALAH UNTUK

PH DAN PN DAN

PARTI LAIN

BERSAMA UNTUK

PRU 15

KHALAS

ORANG RAMAI

DAH TAHU BACA

MEDIA MALAYSIA

BILA DI NAFI 

ERTNYA SAHIH

KHALAS

KAH KAH KAH

2 ulasan:

herman adnan berkata...

Tapi Sham Rais....suami Najib tak pernah menafikan dia gomok....maksudnya dia kurus ramping ke Sham Rais?

AktaHasutan1948 berkata...

wa tak sangka lu hadap dengan muhyiddin dan hadi awang... ye la.. alang2 dah kena tipu dengan mahathir.. apa salah kena tipu dan kena bodo dengan muhyiddin dan hadi awang kan... bil letrik ngn bil air esok kena bayau gak... takkan free..

wakakakakakkakakakakakakakaka