Selasa, 15 Mac 2022

GEROMBOLAN MULA BERGADUH

 



Perwakilan Johor tidak akan ambil bahagian perbahasan PAU

JOHOR BAHRU – Perwakilan Johor dijangka tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok di Kuala Lumpur, susulan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu.

Difahamkan dalam pertemuan bersama pemimpin-pemimpin UMNO Johor termasuk ketua-ketua bahagian di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana malam tadi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Hasni Mohammad telah meminta agar ahli UMNO tidak memanjangkan isu berkenaan. 

“Sebaliknya, beliau (Hasni) berjiwa besar. Beliau juga tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan,” kata sumber kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, Hasni juga mahu menghalang usaha segelintir perwakilan UMNO Johor yang mahu menolak pelantikan Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Difahamkan, perjumpaan di Saujana semalam bermula seawal pukul 9 malam dan berakhir kira-kira pukul 3 pagi, dengan mereka yang hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Hasni.

Onn Hafiz, 43, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 di Istana Bukit Serene petang ini, mengambil alih jawatan itu daripada Hasni.

Sebelum ini, Hasni telah dinamakan sebagai calon tunggal Menteri Besar oleh Pengerusi Barisan Nasional   Zahid Hamidi 47, ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pada PRN Sabtu lepas, BN memperoleh mandat besar iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekali gus mempunyai kedudukan selesa membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, selepas tiga hari kemenangan BN dirai, tiada petunjuk jelas sama ada Hasni akan kembali menerajui kerajaan negeri, sehingga muncul khabar angin mengaitkan nama Onn Hafiz dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO  Puad Zarkashi dengan jawatan itu.-

YA AMPOON

YA MAULANA

KAH KAH KAH

CICAK MAKAN

KAPUR

NASI  DAH JADI 

BUBUR

KAH  KAH KAH

REBUT LAWAN

TIBAI TEKAN 

KEMUDIAN BOIKOT

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: