Khamis, 28 April 2022

ANGKA KOBID NAIK

KKM lapor 3,471 kes baharu Covid-19

MALAYSIA mencatatkan sedikit peningkatan kes baharu Covid-19 iaitu 3,471 kes baharu, berbanding 3,361 sehari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman web CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,440,383.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 1,915 kes diikuti Kuala Lumpur (429) dan Pulau Pinang (188).

Negeri lain, Johor (124), Sarawak (104), Kedah (104), Kelantan (42), Pahang (48), Perak (142), Sabah (40), Terengganu (14), Melaka (149), Labuan (5), Perlis (10), dan Putrajaya (37) dan Negeri Sembilan (120).

KKM juga melaporkan enam kematian Covid-19 semalam, turun daripada 13 sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 35,526.

Empat kematian diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu tiga kematian diikuti Johor (1), Melaka (1) dan Pulau Pinang (1).

Tiada kematian di negeri lain dan di Wilayah Persekutuan.

Sehingga tengah malam, terdapat 58,436 kes aktif dengan 1,501 pesakit dimasukkan ke hospital.

Daripada jumlah ini, 98 berada di unit rawatan rapi (ICU), dengan 63 memerlukan bantuan pernafasan. – 28 April, 2022.

 AWAS

IKUT C.U.H

CARA UNTUK

HIDUP

AMIN

ANGKA KOBID

NAIK KEMBALI

KHALAS

Tiada ulasan: