Khamis, 28 April 2022

MASUKKAN NAJIB KE DALAM JIL SEMUA BERES

 



Kritikan terhadap hakim, badan kehakiman agak keterlaluan, kata Tengku Maimun

KRITIKAN terhadap hakim dan badan kehakiman sejak kebelakangan ini agak keterlaluan, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.

Katanya sejak kebelakangan ini, mahkamah telah menangani kes berprofil tinggi serta membabitkan kepentingan awam dan sudah menjadi lumrah buat hakim untuk menerima kritikan serta tuduhan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

Bagaimanapun, Tengku Maimun berkata apa yang berlaku baru-baru ini berhubung tuduhan dilemparkan terhadap hakim dan badan kehakiman, pada pandangan beliau, adalah agak keterlaluan.

“Apabila wujud keperluan untuk mengkritik badan kehakiman, perkara ini hendaklah dibuat secara membina dan tidak menjejaskan kebebasannya serta keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman,” katanya ketika berucap pada majlis angkat sumpah 17 pesuruhjaya kehakiman yang disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata hakim tidak terlepas daripada kritikan awam dan memberi amaran kepada ahli politik supaya tidak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap badan kehakiman.

“Hakim sama sekali tidak terlepas daripada kritikan awam dan akauntabiliti terhadap mereka yang berkhidmat. Kita semua tertakluk kepada penelitian.

“Walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentingan sendiri.” katanya.

Tengku Maimun berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya menyemai benih-benih keraguan dalam kalangan orang ramai berhubung integriti badan kehakiman atau hakim.

Beliau berkata hakim tertakluk kepada penelitian yang rapi dan sebab itulah mereka menulis penghakiman agar ia boleh dibaca, dianalisis, dibincang serta dibahaskan.

Katanya badan kehakiman adalah barisan pertahanan terakhir dalam demokrasi berperlembagaan dan tidak boleh ada syak wasangka bahawa ia telah ditakluki.

Tengku Maimun berkata hakim tidak seharusnya berputus asa dan berasa tawar hati apabila melaksanakan tugas mereka mengikut prinsip undang-undang sambil menambah bahawa sistem keadilan dan kebebasan badan kehakiman tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.

“Walau apapun, kita mesti kekal kuat dan tabah serta teguh dalam mendukung Kedaulatan Undang-Undang. Meskipun kita tidak boleh mengawal kata-kata atau tindakan sesetengah pihak yang nekad untuk mencemari atau memusnahkan imej badan kehakiman, kita masih berhak memastikan bahawa tiada siapa pun yang mencampuri urusan kita.

“Dalam kata lain, tiada siapa boleh campur tangan dalam badan kehakiman jika kita para hakim tidak membenarkan perkara itu berlaku,” katanya. – 27 April, 2022.


SEMUA BERES

BILA NAJIB

MASUK JIL

AMIN

LAMBAT SANGAT

NAJIB MASUK

JIL MAKA

TIMBUL PELBAGAI

SONGEL TIMBUL

AMIN

BUKAN SALAH 

LEMBAGA HAKIM

AMIN

SEMUA KERENAH

NAJIB ROSMAH

LAMBATKAN KES

SELESAI

AMIN

DAH JATUH

HUKUM MASIH

BEBAS LAGI

AMIN

MASUKAN NAJIB

DALAM JIL

SEKARANG SEMUA

BERES

AMIN

RAKYAT TETAP

HORMAT BADAN

KEHAKIMAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah sosok yang huru harakan Negara. Kàlau tak mahu masukkan daam penjara secepat mungkin, masukkan dalam tong taik. Tukar ayat dari Penjara ke Masukkan Najib Segera ke Tong Taik.