Isnin, 4 April 2022

ANTHONY LOKE SILAP BESAR

 



PH tidak tekankan calon PM dalam PRU

PETALING JAYA – Parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) dipercayai akan menggunakan lambang bersama dalam pilihan raya umum (PRU) dan sekiranya keadaan itu tidak berlaku, maka akan berlaku perubahan dalam bentuk kerjasama dan hubungan mereka.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PH ketika menghadapi PRU akan datang juga tidak akan menekankan calon Perdana Menteri (PM) mereka, sebaliknya akan memfokus kepada agenda politik.

“Secara umumnya, pengundi berasa muak dengan orang politik dan mereka akan berpendapat orang politik sedang merebut kuasa jika soal calon PM asyik ditekankan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Bagaimanapun, Anthony berkata, Anwar masih merupakan calon PM untuk PH, melainkan terdapat perubahan dalam barisan kepimpinan PH.

Menurutnya, perbincangan telah diadakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendirian Anwar adalah mahu menggabungkan semua tenaga dan Presiden PKR itu juga percaya isu lambang bersama dapat diselesaikan.

Katanya, walaupun terdapat suara dari DAP dan PKR yang mahukan “tindakan secara solo”tetapi Anwar tidak bersetuju dengan cara itu.

Mengenai pengagihan kerusi pula, Anthony berkata, prinsip asas perundingan adalah kerusi yang dimenangi DAP tidak perlu dirundingkan.

“Untuk kerusi yang ditinggalkan wakil rakyat yang lompat, rundingan boleh dijalankan berdasarkan peluang kemenangan.

“52 kerusi yang ditandingi Bersatu juga boleh dirundingkan dan ditukarkan antara parti komponen PH,” katanya.

Sementara itu, Anthony berkata, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng telah berdamai dengan Sinchew Daily melalui lawatan beliau ke akhbar itu sebelum beliau melepaskan jawatan setiausaha agung parti.

“Guan Eng telah mengambil langkah pertama dengan melawat Sinchew Daily seminggu sebelum mesyuarat agung parti.

“Tindakan beliau telah mententeramkan hubungan yang agak bergolak sejak 10 tahun yang lalu.

“Saya berterima kasih kepada Guan Eng kerana  ini membuka lembaran baharu selepas saya mengambil alih jawatan setiausaha agung dan menjadi lebih mudah untuk saya membina hubungan baik dengan Sinchew Daily selepas ini,” katanya.

Jelas Anthony, DAP tidak pernah memboikot Sinchew Daily walaupun terdapat banyak isu membabitkan parti dan akhbar tersebut sebelum ini. 

WOIT

TONY LOKE

SILAP BESAR

AMIN

LOKE LUPA

NAMA ANWAR

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

ADALAH CALON

TETAP PM

MALAYSIA

KAH KAH KAH

ANWAR MENGGANTI

TENGKU RAZALI

AMIN

LEPAS ANWAR

LETAK JAWATAN

CALON TETAP 

PERDANA MENTERI

PASTILAH

RAFIZI RAMLEE

INI KALAU DIA

TAK MERAJUK

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah kerja mereka, sendiri pun tak tahu siapa nak jadi PM bila atau kalau menang, awal awal celaru, nanti gaduh, Bodoh piang lah level mangkuk ini, takut bagi tahu awal tu, nanti kena reject awal awal, tak akan bagi Kit Siang pulak kan??? Kah kah calon selama lamanya PM ialah Che adet Anak Iskandar Kuty kah kah kah hidup lama memyusahkan orang amin

Tanpa Nama berkata...

Kalau DAP masih bodoh nak Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, Pakatan Harapan patut tukar nama kepada "Pakatan Tiada Harapan".

Yeop sepet berkata...

Kahkahkah rafizi. Mamat tu dia pkir dia Einstein IQ 200.nak jadik politician tp PR out,nak undi org kampung,dia maki2 gelor org kg bodo. Apa punyer sengal la mamat nie,budak sekolah hang le TT.