Isnin, 4 April 2022

GANTUNG LEHER PEMBERI & PENERIma RASUAH

 

Ganja perubatan: Bantu bukan hukum

PENAHANAN penyanyi dan komposer terkenal Yasin Sulaiman di bawah Akta 39B 1(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, penjara seumur hidup serta sebatan sebanyak 15 kali saya kira sangat tidak wajar, sepertimana Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menghukum individu yang melakukan percubaan bunuh diri sedangkan mereka memerlukan bantuan bukannya hukuman.

Apa yang terjadi pada Yasin menjadi polemik yang cukup besar memandangkan beliau juga menghidap penyakit bipolar disorder iaitu kecelaruan mental berkaitan perubahan mood yang ekstrem yang memerlukan rawatan. 

Pihak pembangkang juga pernah mencadangkan untuk meluluskan marijuana bagi tujuan perubatan seperti mana yang berlaku di beberapa negara iaitu Australia, Kanada, United Kingdom, Portugal, Chile, Jerman, dan banyak lagi negara, namun perkara itu masih lagi di peringkat penyelidikan.

Namun begitu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pernah menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan. 

Menjawab pertanyaan tersebut dalam jawapan bertulis, Khairy berkata sekiranya terdapat cukup bukti saintifik menyokong penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan yang mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan, permohonan untuk mendaftarkannya boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa kawalan dadah.

Tambahan lagi ia akan dinilai dan didaftar di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 untuk dipasarkan di Malaysia. 

Menurut Khairy, akta sedia ada yang mengawal selia kanabis dan hasilnya di Malaysia, melalui Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952, tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Melihatkan pada jawapan Khairy, besar harapan saya sekiranya kes Yasin ini menjadi satu titik tolak untuk penggubalan beberapa akta yang perlu dilakukan supaya pesakit seperti Yassin mendapat pembelaan sewajarnya. 

Beliau menanam ganja hanya untuk merawat dirinya tetapi hukuman yang diterima jauh lebih teruk daripada perbuatan membunuh atau merogol orang.

Kerajaan perlu mengkaji semula beberapa akta dan saya berpendapat penggunaan kanabis tidak sewajarnya diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 mungkin sekadar perlu dikawal selia di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Saya juga mendoakan aafiyah (perlindungan) dan kesembuhan diberikan kepada saudara Yasin; begitu besar ujiannya pada bulan Ramadan ini. 

Semoga ada keadilan untuk beliau dan saya harap isu ini juga membuka mata ramai pihak bahawa pesakit mental bukannya gila dan memerlukan bantuan bukannya hukuman. 

Saya bersolidariti bersama Yasin. Ayuh, popularkan tanda pagar #BantuBukanHukum tanda sokongan.

* Yuslaini Azmi, pembaca The Malaysian Insight.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.

DUNIA DAH

BERUBAH DALAM

 HAL HAL GANJA

AMIN

KITA MASIH

MENGGANTUNG

WARGA YANG  

ISAP GANJA

AMIN

INI HUKUMAN

BAGINDA QUEEN

AMIN

TEORINYA

KALAU DIGANTUNG

MAKA RAMAI TAKUT

NAK ISAP GANJA

AMIN

KALAU BAGINI

KITA GANTUNG

JUGA PERASUAH

BIAR RAKYAT

TAKUT UNTUK

BERI & TERIMA

RASUAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: