Isnin, 4 April 2022

NEGARA TERGADAI PADA CHINA MERAH


SRI LANGKA

PRVOVINSI PERTAMA

CHINA MERAH

DI ASIA TENGGARA

KHALAS

          


Kabinet Sri Lanka lumpuh, semua menteri letak jawatan

KABINET Sri Lanka yang dilanda krisis menyaksikan peletakan jawatan secara beramai-ramai oleh menteri pada mesyuarat lewat malam tadi, kata menteri pendidikan, ketika protes antikerajaan semakin meningkat walaupun perintah berkurung dilaksanakan.

Menteri Pendidikan Dinesh Gunawardena berkata semua 26 menteri kecuali Presiden Gotabaya Rajapaksa dan abangnya yang juga Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa, meletak jawatan.

“Semua menteri menyerahkan surat peletakan jawatan mereka supaya presiden boleh membentuk Kabinet baharu,” katanya, menambah keputusan itu diambil selepas membincangkan krisis ekonomi yang semakin teruk.

Tiga lagi ahli keluarga Rajapaksa yang berkuasa adalah antara mereka yang meletakkan jawatan di tengah-tengah kemarahan orang ramai terhadap kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang melanda negara Asia Selatan yang mempunyai 22 juta penduduk itu.

Tindakan itu dibuat selepas ribuan penunjuk perasaan menentang perintah berkurung hujung minggu lalu dalam usaha menuntut penyingkiran keluarga Rajapaksa, yang kembali berkuasa pada November 2019. – AFP, 4 April, 2022.

CONTOH 

NEGARA GAGAL

TERGADAI PADA

CHINA MERAH

KHALAS


2 ulasan:

hamim berkata...

Nasib baik Ajibgor tumbang 2018 kalau tidak Malaysia pun jadi macam tu, itupun masih ada penjilat penjilat yang masih menyanjung dan memuja dia.....apalah yang ada dikepala hotak dia orang tu.

ToraTora berkata...

perkara begini tak kan jadi kepada ketuanan melayu.... gagal mcm mana pun..patah kaki bertongkat paruh namun nak letak jawatan nehe nehe....