Isnin, 4 April 2022

PASAL APA NAJIB TAK JASI SAKSI ROSMAH

 


Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi 

ROSMAH Mansor telah menimbulkan keraguan munasabah dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak walaupun suaminya, Najib Razak tidak dipanggil memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Pasukan pembelaan dalam hujahan bertulisnya berkata ia memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

“Kami dengan hormatnya berhujah bahawa adalah hak prerogatif pihak pembelaan untuk memanggil saksi yang ditawarkan, Najib untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah. Bagaimanapun pada 10 Januari, peguam utama pihak pembelaan, Datuk Jagjit Singh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memutuskan untuk menarik balik selepas membincangkan merit memanggil Najib dan memilih untuk tidak memanggilnya kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

“Pendakwa utama Gopal Sri Ram berkata pihak pendakwaan tiada masalah dengan keputusan pembelaan untuk tidak memanggil Najib kerana ia adalah hak prerogatif pembelaan untuk berbuat demikian,” kata pihak pembelaan dalam hujah bertulis yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Mac. 

Dalam penghujahan di akhir kes pembelaan, pihak pembelaan berkata pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti bahawa tertuduh (Rosmah) sememangnya telah meminta dan menerima sebarang suapan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Ia seterusnya berkata pihak pendakwaan terus mendapati tertuduh bersalah tanpa sebarang asas dan bukti walaupun pihak pendakwaan sendiri mengakui tertuduh tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.

“Oleh itu, kami berhujah bahawa adalah jelas bahawa dakwaan dan pertuduhan terhadap tertuduh adalah remeh, dilakukan dengan tujuan semata-mata untuk menjadikan tertuduh sebagai kambing hitam.

“Justeru, anggapan statutori di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tidak boleh digunakan terhadap tertuduh kerana pihak pendakwaan gagal mewujudkan bahan penting bagi ketiga-tiga pertuduhan dalam kes ini,” hujah pihak pembelaan.

Pada 23 Februari tahun ini, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi, Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Siti Azizah Sheikh Abod.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan esok (5 April) untuk mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan.

Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah, 70, diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Beliau berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan. – Bernama, 4 April, 2022.

WOIT

PASAI APA

NAJIB TAK NAK

JADI SAKSI

ROSMAH

KAH KAH KAH

DAH MALU KE

BOSS KU DUDUK

SEBELAH BADAK

KAH KAH KAH

ATAU ADA ORANG

HALANG JANGAN

PERGI MAHKAMH

JADI SAKSI PADA

ROSMAH

KAH KAH KAH

ATAU  DAH

BELOT MACAM

RIZAL MANSOR

KAH KAH KAH

TAK SAYANG LAGI

PADA BIK MAMA

KAH KAH KAH

DAH ADA

SLIM MAMA BARU

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bang Non cabar Bossku debat.. Bossku kat 'on jer' .. kikikokokiki

Anwar memetik pantun pendekar Melayu dengan berkata dirinya tidak takut akan cabaran debat tersebut.

Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang,
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang.

Abang Non dah main pantun pulakkk.!!

POIE KO LUKUT NENGOK TUAN PUTERI
DI SANGKO PUTRI DUYUNG TAPI BUKAN
BANG NON KITA SUKA ACAH ACAH BERANI
BUKTI CCTV DNA MANI TERBANG MELAYANG
SAMPAI LA NI BANG NON DIAM MCM 'CIFUT BABI'

BOSSKU KATA APA LAGI 'ON JER'
TAG LINE SEMPOI JADI IKUTAN
HAAH BANG NON RAFIZI OK KER..,!?
KER CARI ALASAN MCM SI LIDAH BERCABANG

kah kah kah kah..

Alahaiii


... Tun punyo pantun ado..!?

Bring it on broo

Bossku On Jer..!!


KHALAS

Tanpa Nama berkata...

Paling leceh bila kata Rosmah jadi kambing Hitam, mata buta ker apa? Dia saiz �� atau badak sumbu rhino lah, ada pulak kambing Hitam, pernah tengok kambing Hitam atau tidak kah kah kah jangan mare mare ya joke joke saja kah kah kah