Jumaat, 15 Julai 2022

BERSATU BERSAMA SELAMTKAN SABRI


Ahli Parlimen pembangkang gesa Putrajaya teruskan MoU 

PUTRAJAYA perlu meneruskan memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang bagi memastikan kestabilan politik negara, kata ahli Parlimen.

“Cakap-cakap berterusan mengenai pembubaran Parlimen adalah tidak produktif dan mewujudkan ketidakstabilan,” kata Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Kerajaan Ismail Sabri Yaakob perlu memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi kerana masih terdapat kebimbangan mengenai pandemik Covid-19, katanya.

Ahli Parlimen Pulau Pinang dua penggal itu menambah masih banyak pembaharuan perlu diselesaikan sebelum pilihan raya.

“Walaupun kerajaan sudah menyelesaikan beberapa perkara dalam MoU, reformasi penting seperti pindaan Perlembagaan untuk menghalang lompat parti masih belum dilakukan.

“Dan walaupun terdapat beberapa pembaharuan Parlimen dalam bentuk jawatankuasa pemilih, satu lagi perkara utama, Akta Perkhidmatan Parlimen, masih belum digubal lagi,” kata Kasthuriraani.

Beliau menambah kerajaan akan melakukan yang lebih baik untuk meneruskan penggal penuh dan mengutamakan pembukaan semula ekonomi dan menangani kekurangan pekerja asing.

Rakan DAP beliau, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh juga berasa Ismail Sabri perlu menghabiskan penggalnya dan tidak tunduk kepada tekanan dalaman parti untuk mengadakan pilihan raya tahun ini.

“Rang undang-undang pindaan Perlembagaan antilompat parti adalah penting ke arah memulihkan keyakinan dalam proses pilihan raya.

“Saya sangat berharap kerajaan dapat menyelesaikannya sebelum tergesa-gesa mengadakan pilihan raya,” kata bekas speaker DUN Selangor itu.

Tahap keyakinan untuk proses demokrasi pilihan raya adalah sangat rendah seperti yang dilihat pada peratusan keluar mengundi pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

“Tahap keyakinan akan kekal rendah jika kerajaan tidak menunaikan janji untuk menghentikan aktiviti lompat parti. Jumlah keluar mengundi yang rendah hanya akan meningkatkan lagi ketidakstabilan politik di negeri dan kerajaan persekutuan,” kata peguam itu.

Pada September lalu, pentadbiran Ismail Sabri menandatangani MoU bersejarah dengan blok pembangkang utama Pakatan Harapan bagi memastikan kestabilan politik di negara ini selepas dua perdana menteri sebelum ini diganti kerana tidak mendapat sokongan mencukupi daripada ahli Parlimen.

Walaupun tiada tarikh tamat MoU, Ismail Sabri berjanji tidak akan membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022. Apabila tarikh semakin hampir, kepimpinan Umno tidak mahu Ismail Sabri melanjutkan atau merundingkan semula klausa ini supaya mereka boleh mendesak pilihan raya baharu tahun ini.

Selain isu pilihan raya, MoU itu mempunyai enam bidang utama meliputi pelan pemulihan Covid-19, reformasi institusi dan Parlimen, kebebasan kehakiman dan Perjanjian Malaysia 1963.

Sejak pemeteraian MoU itu, kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak, memberikan dana kawasan pilihan raya yang sama kepada semua ahli Parlimen, merombak jawatankuasa pemilih Parlimen, mengumpul dana Covid-19 dan melaksanakan Undi18.

Antara perkara utama yang masih belum dilakukan termasuk pindaan perlembagaan untuk menghentikan lompat parti, mengehadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada 10 tahun, menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen, dan meminda Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Mengenai pindaan antilompat parti, Menteri Undang-undang dan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong) berjanji kerajaan akan membentangkan pindaan itu di Dewan Rakyat minggu depan.

Dewan Rakyat dijadual mengadakan mesyuarat kedua tahun ini dari 18 Julai-4 Ogos manakala Dewan Negara akan bermesyuarat dari 8-16 Ogos. – 15 Julai, 2022.

MARI KITA

SEMUA BANTU

SABRI 114

DARI DIBUNUH

DIBAHAM OLEH

NAJIB & ZAHID

AMIN

BIARKAN SABRI 114

TERUS JADI PM

JANGAN GANGGU

AMIN

KITA SOKONG 

SABRI 114 UNTUK

MASUKKAN 

NAJIB & ROSMAH

KE DALAM  JIL

AMIN

KITA BANTU

KITA KUATKAN

SABRI 114 UNTUK

TIBAI NAJIB

KEPALA TAIK 

AJEN  

CHINA MERAH

AMIN

KESIAN PADA

ZAHID HANYA

JADI KUDA NAJIB

UNTUK LAWAN

SABRI 114

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: