Jumaat, 15 Julai 2022

HANYA SATU PERTANYAAN


Putrajaya tubuh pasukan khas tangani isu tuntutan waris kesultanan Sulu


JEMAAH Menteri semalam telah bersetuju menubuhkan pasukan khas untuk meneliti, memantau serta merangka tindakan berlunaskan undang-undang sewajarnya, bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap kerajaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan khas yang diketuainya itu, dianggotai Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Peguam Negara Idris Harun, dan pakar-pakar berkaitan timbang tara antarabangsa.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bersama Jabatan Peguam Negara, sedang menentukan terma rujukan (TOR) dan juga keahlian tambahan jika perlu, bagi pasukan khas ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BHEUU dan Kementerian Luar akan bertindak selaku urus setia pasukan khas itu.

Wan Junaidi berkata kerajaan memandang serius isu yang mengganggu gugat kepentingan aset-aset negara di luar negara oleh waris kesultanan Sulu, khususnya aset di bawah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

“Justeru kerajaan akan mengambil tindakan proaktif dan agresif dalam menangani isu ini, demi mempertahankan aset dan kedaulatan negara,” kata Wan Junaidi.

Pada Selasa lepas, dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sulu, untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa, Malaysia yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain, mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.

Namun Wan Junaidi ketika itu dilaporkan berkata keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu adalah tidak sah, kerana tidak berlandaskan undang-undang.

Katanya keputusan yang ditetapkan penimbang tara Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

Pada Selasa lepas, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitarsi Paris, dengan alasan perundangan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

Dalam kenyataan Wan Junaidi pada Rabu, beliau berkata kesan daripada perintah penggantungan itu, Final Award yang diputuskan Stampa tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara, sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Paris dengan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat kerajaan Malaysia. – Bernama, 15 Julai, 2022.              

RAKYAT BUKAN

PAKAR HUKUM

AMIN

HANYA ADA

SATU NAK TANYA

AMIN

MALAYSIA BAYAR

PAJAK PADA

KERABAT SULU

AMIN

PEMBAYARAN INI

HANYA BERHENTI

PADA 2013

AMIN

KENAPA KITA

BAYAR PAJAK

JENG JENG JENG

INI JADI SOAL

JENG JENG JENG

AMIN

KALAU KITA BAYAR

PAJAK ERTINYA

KITA BAYAR PADA

TUAN TANAH

AMIN

INI CARA PAJAK

YANG DIKETAHUI

OLEH ORANG BIASA

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perjanjian tu siapa denga siapa ? cerahkan ni dulu

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya bukan rampas aset Petronas. Aset Petronas ni juga milik rakyat semenanjung. Rakyat di sini ada syer dalam Petronas. Jika pajak tak dibayar, ambil balik saja lah Sabah tu. Sabah ni membebankan orang semenanjung dituduh curi hasil Sabah. Padahal tak ada seekor pun ketua menteri Sabah yg miskin. Ambil balik sajalah Sabah, ada musa aman ada sapei apdal ada bung mokhtar dan mcm2 lagi. Semua itu nama besar yg boleh membantu pemerintahan kesultanan sulu di sabah. Sabah ni cuma simpanan tetap gerombolan untuk terus berkuasa di semenanjung walaupun majoriti di semenanjung sekarang tidak lagi berpihak pada gerombolan.

Tanpa Nama berkata...

Lanun mana pulak mengaku waris sultan sulu. Waris tak boleh ambil duit sulu. Sultan sulu saja berhak. Kalau nak ambik jugak kena jadi sultan sulu dulu.

Tanpa Nama berkata...

Bila dh kne rampas baru nk tubuh jawatankuasa???
Teringat cerita sampan yg bocor tengah laut, penumpang nya cina, india dan melayu..
Apa nk wat utk slmt kan diri masing2..